Majalah Sumbu #4 Dilepaskan
Majalah digital Sumber Terbuka atau Sumbu edisi keempat kini telah pun dilepaskan kepada umum. Majalah yang dihasilkan di dalam format PDF ini merupakan wadah daripada pihak Jom Linux bagi memperkenalkan apa itu Perisian Sumber Terbuka kepada seluruh warga Malaysia dan membina rakyat yang celik IT.
Majalah ini menyertakan pelbagai tutorial dan juga berita serta beberapa artikel yang menarik untuk dibaca oleh anda semua. Antara artikel atau berita yang dimuatkan di dalam edisi keempat ini antaranya ialah:
- Sumbu Maju Setapak Kehadapan
- Lightbox JavaScript, Ada Anda Kesah?
- Domain Olok-Olok
- Dokumentasi Pada Linux
- Menetapkan Virtual Host
Majalah yang mempunyai 24 muka surat ini boleh dimuat turun di laman perkongsian fail Gumuu. Para pengguna juga boleh memuat-turun versi-versi sebelumnya secara percuma terus daripada halaman rasmi Sumbu.
Ditulis oleh Frantz.
Mirror link sudah dimuat naik
Sumbu #4 dari FileDen
Terima kasih admin amanz.my kerana menwar-warkan tentang majalah ini. Amat berguna untuk saya yang berminat dengan sumber terbuka terutamanya linux.