Mark Shuttleworth : Unity Akan Kekal Dan Digemari Ramai Pengguna Ubuntu

Seperti semua sedia maklum, kini, acara Ubuntu Developer Summit sedang berlangsung, dimana salah satu perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan generasi akan datang Ubuntu, iaitu Ubuntu 12.04, termasuk membincangkan serba sebanyak mengenai Unity. Melalui acara tersebut, Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan yang mana Ubuntu akan menggunakan Unity, dan semua harus menggunakan Unity.

Pada masa yang sama, Mark Shuttleworth juga turut mengatakan yang mana ramai pengguna tegar Ubuntu tidak membenci Unity. Beliau juga mengatakan yang mana ramai tidak membenci Unity seperti mana yang diperkatakan ramai.

Acara Ubuntu Developer Summit akan berlangsung sehingga 4 November kelak, dan mungkin kita akan ketahui mengenai apakah rancangan untuk Ubuntu 12.04 Precise Pangoling tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.