Mandriva Membuat Pencarian Nama Distro Baru – Undian Dibuka Sekarang

Setelah pelbagai perkara dilalui distro Mandriva, kini ia kelihatan mereka sedang dalam proses mencari nama baru, mengantikan nama Mandriva sedia ada, sekaligus membezakannya dengan nama syarikat, Mandriva S.A. Buat masa ini, mereka membuka peluang mengundi, supaya komuniti sendiri boleh membuat pilihan nama untuk distro tersebut.

Mandriva - Undian Nama Baru

Antara nama yang dikeutarakan adalah termasuk OpenMandriva, Mandala Linux, Moondrake, OpenDrake, dan beberapa nama menarik yang lain lagi.

Pengundian akan dibuka sehingga 12 Julai kelak, dan daripada apa yang dapat dilihat, nama OpenMandriva menjadi pilihan paling ramai, bersama-sama dengan undian turut dilakukan kepada beberapa nama yang lain.

Bagi mereka yang ingin mengundi, anda boleh ke laman rasmi Mandriva, dan membuat undian disana hari ini.