LinuxMalaya » Aplikasi

Ignite – Permainan Perlumbaan Kereta Untuk Linux Bakal Dilancarkan
Permainan menarik yang dibangunkan khas untuk Linux masih lagi sedikit. Namun, dalam tahun-tahun akan datang, ia mungkin berubah, dimana salah satu permainan yang dinantikan oleh para pengguna Linux adalah Ignite, iaitu permainan lumba kereta yang masih lagi dalam pembangunan dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun, tarikh pelancarannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Melalui Ignite, ia membawakan rekabentuk dan grafik yang amat menarik sekali, dengan diperkatakan setiap perlumbaan pada Ignite adalah berbeza-beza dan membawakan sesuatu yang baru bersama dengannya untuk pemain menang dalam perlumbaan.

Walaupun ia membawakan konsep yang ringkas, setelah ia dilancarkan untuk platform Linux kelak, ia bakal menjadi permainan perlumbaan untuk Linux paling menarik, dan tidak mustahil lebih banyak permainan akan dibangunkan untuk platform Linux selepas itu.

Sementara itu, bagi mereka yang meminati permainan dan ingin mencubanya pada platform Linux, mungkin anda boleh mendapatkan Desura, dan memasang pelbagai permainanan melaluinya.

Perjumpaan Mozilla Malaysia Di Kuala Lumpur Minggu Hadapan
Gen Kanai daripada Mozilla bakal mengadakan sebuah perjumpaan khas pada minggu hadapan di Malaysia, dimana bakal membincangkan berkaitan dengan memulakan komuniti Mozilla di Malaysia. Perjumpaan tersebut yang bakal diadakan pada 6 Julai 2011 di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur, dan para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan minat dihalaman rasmi yang disediakan oleh beliau.

Selain daripada itu, melalui perjumpaan tersebut juga, beberapa perkara akan dibincangkan termasuk untuk menyokong Firefox dan Thunderbird dalam Bahasa Malaysia, memulakan komuniti Drumbeat di Malaysia, serta secara umumnya membincangkan mengenai aplikasi sumber terbuka dan mempromosikan web terbuka kepada semua.

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan kehadiran mereka di halaman EventBrite yang disediakan Gen Kanai, dan sama-sama kita menyokong pembangunan komuniti Mozilla di Malaysia.

Oracle Mencadangkan OpenOffice Sebagai Projek Apache
Setelah pelbagai perkara dihadapi oleh komuniti OpenOffice, sehingga membuka LibreOffice, kini Oracle mencadangkan agar aplikasi pejabat popular itu menjadi salah satu projek dibawah Apache Software Foundation. Ianya diperkatakan yang mana Oracle ingin OpenOffice.org menjadi perisian pejabat yang diuruskan oleh komuniti kembali.

Pada masa yang sama, dengan memberikan OpenOffice kepada Apache, ianya akan memberikan ianya sebuah infrastruktur yang lebih matang dan terbuka, serta demi masa depan perisian tersebut.

Sebelum ini, setelah mengambil-alih Sun Microsystem, Oracle mendapat akses kepada OpenOffice.org, yang mana kemudiannya menjadikan komuniti pembangunnya berpecah, dan memulakan sebuah projek baru dinamakan sebagai LibreOffice. Mungkin dengan cadangan ini, kita akan dapat melihat komuniti pembangun OpenOffice sebelum ini kembali membangunkan semula aplikasi pejabat popular itu, dan mengabungkan LibreOffice dengan OpenOffice kembali.

Miro 4.0 Membolehkan Sync Antara Peranti Android
Miro, salah satu pemain media yang popular kini telah pun mencapai versi 4.0, yang mana melalui versi baru ini, ianya menambah sokongan untuk menghantar dan menerima fail media daripada Miro pada desktop kepada beberapa peranti mudah-alih yang lain seperti Android lebih mudah. Secara ringkasnya, ianya membawakan kebolehan sync dengan lebih pantas dan juga mudah.

Selain daripada itu, kini ianya turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan kepada Amazon Download Store, selain mana para pengguna juga boleh melihat segala media yang pernah dimainkan melalui Miro dengan lebih mudah lagi. Pengurusan fail-fail media pada peranti Android juga kini lebih senang dan pantas.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun Miro 4.0 secara percuma untuk Windows, Mac OS dan juga Linux melalui halaman rasmi mereka, dan mula menggunakannya hari ini.

Mozilla Melancarkan Firefox 5 Beta Untuk Desktop Dan Android
Dengan latar masa pembangunan yang serba baru dan lebih pantas, kini Mozilla telah pun mengeluarkan beta pertama untuk pelayar web generasi akan datang mereka, iaitu Firefox 5 Beta untuk desktop, dan juga Firefox Mobile 5 Beta untuk pengguna Android. Dengan pelancaran versi beta ini, ianya masih lagi mengikut perancangan pembangunan Mozilla, dan mungkin kita akan dapat melihat Firefox 5 pada bulan hadapan kelak, dan seterusnya Firefox 6 dalam masa enam minggu atau kurang selepas itu.

Buat masa ini, fungsi-fungsi yang diperkenalkan adalah minima, dimana Firefox 5 Beta membawakan pelbagai penyelesaian untuk masalah dan pepijat yang telah dikenal pasti sebelum ini, selain turut sama membawakan sokongan CSS3 yang diperkembangkan, serta prestasi dan kelajuan yang ditambah-baik lagi.

Selain itu, Firefox Mobile 5 Beta pula membawakan fungsi sekuriti dan privasi yang ditambah-baik, serta memperkenalkan fungsi popular desktop, Do Not Track pada pengguna Android. Ianya masih lagi tidak diketahui adakah Firefox Mobile 5 Beta untuk Maemo akan diperkenalkan ataupun sebaliknya.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, Mozilla bakal melancarkan Firefox 5 dan Firefox Mobile 5 pada bulan hadapan. Sementara menunggunya, anda boleh menguji terlebih dahulu, dan memberikan maklumbalas anda untuk versi beta ini.

Firefox 5.0 Bakal Dilancarkan Pada 21 Jun Kelak
Melalui draft terkini yang diperlihatkan oleh pihak Mozilla, ianya menunjukkan yang mana Firefox generasi berikutnya, iaitu Firefox 5.0 kelak akan dilancarkan kepada umum pada 21 Jun kelak. Seperti sedia maklum, kini Mozilla menggunakan jadual pembangunan baru, dimana pembangunan Firefox dipercepatkan, dan dijangka Firefox 5, 6, dan 7 turut sama akan dilancarkan pada tahun ini.

Mengikut jadual pembangunan yang baru, Firefox 5 akan memasuki fasa pembangunan Aurora pada minggu ini, diikuti dengan fasa beta dalam masa lima minggu akan datang lagi. Menariknya, pembangunan Firefox 6 juga akan dimulakan selari sekitar minggu ini, iaitu pada 12 April ini.

Sebelum ini, Mozilla telah melancarkan Firefox 4.0 beberapa minggu yang lepas, menyaksikan angka-muat turunnya mencecah lebih 72 juta sehingga artikel ini ditulis. Mozilla juga turut sama telah memperkenalkan Firefox 4.0 Mobile untuk para pengguna Android dan Maemo, dengan kebolehan untuk sync bersama-sama versi desktop.

Uji Aplikasi Tanpa Memasangnya Terlebih Dahulu Pada Ubuntu
Seperti sedia maklum, Ubuntu 11.04 kelak bakal membawakan pelbagai baru, dan salah satu fungsi baru yang amat menarik sekali adalah kebolehan untuk menguji sesuatu aplikasi dan perisian itu tanpa perlu anda memasangnya terlebih dahulu pada sistem operasi anda. Para pengguna Ubuntu juga turut sama boleh menguji fungsi ini sekarang dengan memasang sebuah pakej yang dipanggil sebagai QTNX.

Dengan memasangnya, para pengguna akan dapat melihat butang “Test Drive” pada Ubuntu Software Center, bersebelahan dengan paparan skrin aplikasi tersebut. Walaubagaimanapun, memandangkan ianya menggunakan remote server untuk menjalankan aplikasi terlebih dahulu, ianya memerlukan talian jalur-lebar yang memuaskan untuk dapat menggunakannya.

Buat masa ini, masih belum semua aplikasi yang dapat menggunakannya, namun berkemungkinan besar, angka aplikasi yang akan menyokongnya, semestinya akan meningkat dengan drastik menjelang pelancaran Ubuntu 11.04 kelak.

Untuk memasang aplikasi QTNX, anda hanya perlu membuka terminal anda, dan seterusnya menaip

sudo apt-get install qtnx

Kredit : WebUpd8

Mozilla Melancarkan Firefox 4.0
Setelah lebih daripada lapan bulan dibangunkan, akhirnya kini pihak pembangun pelayar web sumber terbuka paling popular, Mozilla telah pun secara rasminya melancarkan Firefox 4.0, yang mana membawakan pelbagai perkara baru, termasuk dari segi antaramuka, dan tambahan beberapa fungsi baru, yang menjadikan pelayaran web anda lebih menarik dan pantas berbanding sebelumnya.

Melalui Firefox 4.0, ianya membawakan pelbagai penambahan sokongan untuk HTML5, bersama-sama dengan JaegerMonkey, enjin JavaScript yang lebih pantas. Selain daripada itu, antara perkata baru termasuklah kebolehan baru untuk menguruskan tab-tab anda, kebolehan untuk sync akan aktiviti pelayaran web anda dengan peranti mudah-alih yang lain, dan juga sekuriti dan privasi yang dipertingkatkan, dan disertakan dengan sokongan Do Not Track.

Para pengguna boleh memuat-turun Firefox 4.0 untuk Windows, Linux dan juga Mac OS X mulai hari ini, dan nikmati pelayar web Firefox yang membawakan pelbagai keajaiban yang baru ini.

Chromium Menguji Halaman Tab Yang Dioptimasikan Untuk Skrin Sentuh
Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat Chromium pada peranti mudah-alih seperti tablet, dan juga telefon pintar, memandangkan kini, melalui versi pembangunan Chromium, kita dapat melihat halaman tab baru yang mana dioptimasikan khas untuk pengguna skrin sentuh.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan pertama, dan banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum ianya diperkenalkan secara rasminya tidak lama lagi. Berkemungkinan besar, mungkin ini adalah salah satu usaha Google untuk memperkenalkan Chromium OS pada peranti dengan skrin sentuh, atau mungkin ianya lebih daripada itu.

Google dijangka akan melancarkan Chrome OS yang pertama tidak lama lagi, dengan peranti pertama yang akan menyertakannya adalah laptop biasa. Mungkin juga kita akan dapat melihat tablet dengan Chrome OS tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

LibreOffice Akan Menggantikan OpenOffice Pada Ubuntu 11.04
Mark Shuttleworth mengumumkan bahawa bagi keluaran sistem operasi ubuntu akan datang iaitu Ubuntu 11.04 Natty Narwhal akan dihadirkan bersama LibreOffice, sekaligus mengantikan OpenOffice yang mana sebelum ini telah diambil alih oleh pihak Oracle, sekaligus menjadikan komunitinya beralih kepada LibreOffice.

Penukaran applikasi pejabat dari OpenOffice.org kepada LibreOffice kerana terdapat beberapa masalah yang berlaku pada applikasi OpenOffice.org kepada Ubuntu iaitu pada versi 3.3 yang berkaitan dengan LO dan uno Framework yang memaksa pihak pembangun Ubuntu menyertakan LibreOffice untuk versi sistem operasi itu pada masa akan datang.

Adakah masa depan sistem operasi Ubuntu akan menjadi lebih cerah dengan penukaran ini, ditambah lagi dengan penggunaan Wayland dan Unity secara lalai pada masa akan datang? Sama-sama kita melihatnya nanti.