Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Google telah pun melesenkan codec multimedia mereka, VP8 dibawah lesen sumber terbuka, sebagai sebahagian daripada projek WebM. Melaluinya, beberapa pembangun pelayar web, termasuk Google, Mozilla dan Opera bergabung sebagai alternatif kepada penggunaan codec H.264.
Sekiranya anda perasan pada paparan skrin untuk Ubuntu Light yang diperlihatkan Canonical pada awal minggu ini, mungkin anda perasan akan ikon Chromium pada paparan skrin mereka yang mengantikan Firefox. Berdasarkan daripada itu, kini beberapa laporan mengura-urakan yang mana Canonical dijangka akan mengantikan Firefox dengan Chromium pada versi distro yang seterusnya.
Umum semestinya sedia maklum yang mana kini Mozilla sedang giat membangunkan Firefox 4.0 yang mana dijangka akan menemui para pengguna pada penghujung tahun ini. Pada masa yang sama, hari ini, Mozilla mengesahkan yang mana Firefox 3.0 milik mereka telah pun mencapai penhujung nyawanya, dan tidak lagi akan disokong selepas ini selepas versi akhirnya, Firefox 3.0.19.





