Mozilla Labs Melepaskan Weave 0.5

Mozilla Labs telah pun melepaskan versi terkini sistem synchronisation antara kata laluan dan bookmark mereka, Weave. Secara asasnya, Weave Sync membolehkan para pengguna mendaftarkan diri kepada servis Weave dan segala data pelayaran web seperti sejarah pelayaran, bookmarks, kata laluan, dan tetapan di simpan di pelayar Mozilla Weave.

Mozilla Melepaskan Thunderbird 3.0 Beta 3

Setelah hampir lima bulan selepas mengeluarkan beta kedua Thunderbird 3.0, hari ini, pihak Mozilla telah pun melepaskan beta ketiga perisian aplikasi pengurusan emel mereka, Thunderbird. Thunderbird 3.0 Beta 3 dibangunkan menggunakan platform Gecko 1.9.1.1 yang mana membawakan lebih 500 perubahan dari versi beta kedua tempoh hari.

Firefox 3.7 Bakal Memperkenalkan GUI Baru Untuk Windows

Mozilla kini bercadang untuk memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka baru untuk versi baru pelayar web sumber terbukanya kelak. Rekabentuk dan antaramuka baru ini bakal diperkenalkan untuk para pengguna sistem operasi Windows terlebih dahulu. Buat masa ini, hanya beberapa cadangan sahaja yang diperlihatkan, dan mungkin ianya akan disertakan didalam Mozilla Firefox 3.7 kelak.

Firebug 1.4.0 Menyelesaikan Lebih 150 Permasalahan

Sekiranya anda giat membangunkan web, sudah tentu anda kenal akan Firebug, salah satu aplikasi yang mengintegrasikan dirinya bersama pelayar web Firefox untuk membolehkan anda menguji dan menyemak kod HTML dan CSS anda, dan beberapa perkara lain berkaitan dengan pembangunan web seperti debugging, eksplorasi DOM dan banyak lagi.

Cuba Songbird 1.0 Hari Ini

Antaramuka Songbird 1.0 Selepas sekian lama ditunggu, pemain audio sumber terbuka daripada kod sumber Mozilla – SongBird telah pun dilancarkan secara rasminya. Sama seperti aplikasi Mozilla yang lain, SongBird turut datang dalam platform Windows, Linux dan juga Mac. Ia juga menyokong pelbagai aplikasi tambahan (plugin) sama, selain menyediakan platform untuk memainkan audio dalam talian seperti [...]