Setelah pelbagai perkara dihadapi oleh komuniti OpenOffice, sehingga membuka LibreOffice, kini Oracle mencadangkan agar aplikasi pejabat popular itu menjadi salah satu projek dibawah Apache Software Foundation. Ianya diperkatakan yang mana Oracle ingin OpenOffice.org menjadi perisian pejabat yang diuruskan oleh komuniti kembali.
Oracle yang telah mengambil Sun Microsystem, kini telah pun melancarkan OpenOffice 3.3, kemaskini kepada aplikasi pejabat yang dinantikan sekian lama. Pada masa yang sama juga, Oracle turut memperkenalkan aplikasi pejabat berasaskan perkomputeran awan, yang dikenali sebagai Oracle Cloud Office. Melalui Oracle Cloud Office, ianya membawakan sokongan melalui web dan juga pada perantian mudah-alih, sekaligus memudahkan pengurusan dan kolaborasi dalam dokumen.
Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya aplikasi pejabat yang kini bakal mengantikan OpenOffice, iaitu LibreOffice telah pun mencapai fasa Release Candidae pertama, dan para pengguna yang berminat sudah boleh memuat-turun LibreOffice 3.3 RC1. Masih banyak lagi perkara dan pepijat yang masih belum diselesaikan sepenuhnya, dan dijangka akan sedia untuk penggunaan semua pengguna pada versi akhirnya kelak.
Mungkin semua sedia maklum dengan persaingan antara Microsoft Office dan juga OpenOffice, dan hari ini, menariknya Microsoft telah memuat-naik sebuah video khas yang memperlihatkan perspektif daripada 15 orang pengguna yang telah menggunakan OpenOffice dan kemudiannya beralih semula kepada Microsoft Office.
Seperti sedia maklum, sebelum ini Orcale telah mengambil alih Sun Microsystem, dan melaluinya, beberapa projek juga kini dibawah jagaan Oracle. Sebelum ini, OpenSolaris telah pun diumum akan ditamatkan, dan kini para pembangun OpenOffice mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkenalkan LibreOffice.



