Mozilla Labs Melepaskan Weave 0.5

Mozilla Labs telah pun melepaskan versi terkini sistem synchronisation antara kata laluan dan bookmark mereka, Weave. Secara asasnya, Weave Sync membolehkan para pengguna mendaftarkan diri kepada servis Weave dan segala data pelayaran web seperti sejarah pelayaran, bookmarks, kata laluan, dan tetapan di simpan di pelayar Mozilla Weave.

Mozilla Melepaskan Thunderbird 3.0 Beta 3

Setelah hampir lima bulan selepas mengeluarkan beta kedua Thunderbird 3.0, hari ini, pihak Mozilla telah pun melepaskan beta ketiga perisian aplikasi pengurusan emel mereka, Thunderbird. Thunderbird 3.0 Beta 3 dibangunkan menggunakan platform Gecko 1.9.1.1 yang mana membawakan lebih 500 perubahan dari versi beta kedua tempoh hari.

Firefox 3.7 Bakal Memperkenalkan GUI Baru Untuk Windows

Mozilla kini bercadang untuk memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka baru untuk versi baru pelayar web sumber terbukanya kelak. Rekabentuk dan antaramuka baru ini bakal diperkenalkan untuk para pengguna sistem operasi Windows terlebih dahulu. Buat masa ini, hanya beberapa cadangan sahaja yang diperlihatkan, dan mungkin ianya akan disertakan didalam Mozilla Firefox 3.7 kelak.

Cuba Android Di Komputer Melalui Live Android

Mungkin bukan semua rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk memiliki telefon pintar HTC dari Celcom untuk mencuba aplikasi Android. Untuk mengatasinya, anda boleh mencuba Live Android, yang mana membolehkan anda menggunakan dan menjalankan aplikasi Android pada komputer anda tanpa perlu mengubah sebarang tetapan komputer anda.

Firebug 1.4.0 Menyelesaikan Lebih 150 Permasalahan

Sekiranya anda giat membangunkan web, sudah tentu anda kenal akan Firebug, salah satu aplikasi yang mengintegrasikan dirinya bersama pelayar web Firefox untuk membolehkan anda menguji dan menyemak kod HTML dan CSS anda, dan beberapa perkara lain berkaitan dengan pembangunan web seperti debugging, eksplorasi DOM dan banyak lagi.