Setelah hampir 8 tahun, pemain video yang disukai ramai, VLC Media Player, akhirnya telah mencecah versi 1.0.0 (Goldeneye) dan membawakan sokongan kepada codec HD, seperti Dolby Digital Plus, TrueHD, Real Video 4.0, dan Blu-Ray Linear PCM. Melalui versi 1.0 ini juga, anda kini boleh mengubah toolbar mengikut citarasa anda dengan amat mudah sekali.
Mungkin ramai yang malas untuk memformat atau memasang distro-distro baru Linux pada komputer utama mereka, hanya untuk mengujinya sahaja. Untuk mengatasi perkara ini, ramai yang sudah lama mengguna-pakai VirtualBox, yang mana membolehkan anda menguji terlebih dahulu sesuatu distro pada Windows, OS X ataupun sistem Linux yang lain.
Setelah berusaha keras selama 5 bulan, kini pihak pembangun Amarok membawakan versi terbaru pemain media mereka, iaitu Amarok 2.1. Mulai versi 2.0 lagi, pelbagai fungsi baru beserta antaramuka baru dibawakan oleh pihak pembangun Amarok, menjadikannya pemain media yang interaktif dengan pelbagai fungsi-fungsi yang menarik.
Walaupun sebelum ini para pengguna Linux sudah boleh mencuba pelayar web Chromium, kini, Google sudah pun mengumumkan Google Chrome khas untuk para pengguna Linux. Walaubagaimanapun, ianya masih versi pembangunan, dan amat kurang stabil, disamping tidak menyokong beberapa perkara, seperti pada versi Windows.
Pidgin yang mana sebelumnya dikenali sebagai Gaim adalah salah satu klien IM multi-protocol untuk Linux, BSD, Mac OS X dan juga Windows. Menariknya, ia mengintgrasikan MSN, YM!, IRC, Jabber, dan banyak lagi dibawah satu aplikasi. Terkini, Pigdin 2.5.6 telah pun dilepaskan.





