Android Gingerbread Seawal Penghujung Tahun Ini

Android merupakan antara sistem operasi mudah-alih yang sering menerima perkara baru dari masa ke semasa. Setelah kini, Froyo dijangkakan akan diperkenalkan tidak lama lagi, berkemungkinan besar pada Google I/O 2010 yang kini sedang berlangsung, beberapa info awal memperlihatkan versi Android seterusnya, Gingerbread akan dilepaskan seawal suku keempat tahun ini.

VP8 Daripada Google Menjadi Sebahagian Daripada Projek WebM

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Google telah pun melesenkan codec multimedia mereka, VP8 dibawah lesen sumber terbuka, sebagai sebahagian daripada projek WebM. Melaluinya, beberapa pembangun pelayar web, termasuk Google, Mozilla dan Opera bergabung sebagai alternatif kepada penggunaan codec H.264.

Chromium Sebagai Ganti Firefox Pada Ubuntu?

Sekiranya anda perasan pada paparan skrin untuk Ubuntu Light yang diperlihatkan Canonical pada awal minggu ini, mungkin anda perasan akan ikon Chromium pada paparan skrin mereka yang mengantikan Firefox. Berdasarkan daripada itu, kini beberapa laporan mengura-urakan yang mana Canonical dijangka akan mengantikan Firefox dengan Chromium pada versi distro yang seterusnya.

Android Kini Boleh Di Gunakan Pada iPhone

Setelah lama dinantikan. kini, seorang pengodam telah berjaya menjalankan sistem operasi Android daripada Google pada gajet iPhone 2G milik dia. Melaluinya, para pengguna diberikan pilihan untuk boot ke iPhone OS ataupun Android ketika iPhone dimulakan. Pada masa yang sama, kod untuk menjalankannya juga turut sama dilepaskan bersama-sama video yang memperlihatkan Android dijalankan di iPhone.

VLMC 0.1.0 Pra-Alpha Sedia Di Uji

Sebelum ini, kita sedia ketahui yang mana VideoLan sedang dalam proses membangunkan aplikasi untuk edit fail video yang dipanggil VideoLan Movie Creator (VLMC). Menariknya, kini aplikasi tersebut sudah boleh diuji dalam bentuk pra-alpha pada sistem operasi Windows dengan mudah, dan ianya kelihatan amat menarik sekali.