Angry Birds yang sememangnya telah menjadi suatu fenomena yang hangat dikalangan pengguna perantian mudah-alih, baru-baru ini telah mula diperkenalkan kepada pengguna Windows dan Mac. Menariknya, kini, berkemungkinan besar, Rovio Mobile akan turut sama membangunkan permainan Angry Birds yang menjadi bualan ramai itu untuk pengguna Linux, dan lebih spesifiknya untuk Ubuntu.
Aplikasi animasi 3D sumber terbuka terkemuka, Blender, kini menghampiri fasa terakhir pembangunan, dimana terkini Blender 2.56 Beta telah pun dilepaskan, yang mana merupakan versi beta keempat, dan versi akhirnya kelak akan menggunakan angka genap, dengan erti kata lain, ianya akan dilepaskan dengan angka versi Blender 2.6.
Oracle yang telah mengambil Sun Microsystem, kini telah pun melancarkan OpenOffice 3.3, kemaskini kepada aplikasi pejabat yang dinantikan sekian lama. Pada masa yang sama juga, Oracle turut memperkenalkan aplikasi pejabat berasaskan perkomputeran awan, yang dikenali sebagai Oracle Cloud Office. Melalui Oracle Cloud Office, ianya membawakan sokongan melalui web dan juga pada perantian mudah-alih, sekaligus memudahkan pengurusan dan kolaborasi dalam dokumen.
Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya aplikasi pejabat yang kini bakal mengantikan OpenOffice, iaitu LibreOffice telah pun mencapai fasa Release Candidae pertama, dan para pengguna yang berminat sudah boleh memuat-turun LibreOffice 3.3 RC1. Masih banyak lagi perkara dan pepijat yang masih belum diselesaikan sepenuhnya, dan dijangka akan sedia untuk penggunaan semua pengguna pada versi akhirnya kelak.
Selain daripada Firefox, pihak Mozzila juga sedang giat membangunkan klien emel mereka, iaitu Thunderbird, dimana kini versi pembangunan alpha pertama untuk Thunderbird 3.3 telah pun dilepaskan dengan nama kod “Miramar”. Mozilla mengatakan yang mana versi pembangunan pertama ini dilepaskan kepada para penguji dan pembangun diluar sana yang menantikan generasi baru Thunderbird.





