VLC Bakal Membawakan Sokongan Extension

VideoLan Media Player kini sememangnya menjadi antara pemain media yang diminati ramai. Selain daripada projek terbaru mereka, iaitu VideoLan Video Editor, mereka juga kini dalam proses pembangunan VLC 1.1 yang mana bakal membawakan fungsi baru, iaitu kebolehan untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga melalui extension.

Mozilla Weave 1.0 Di Lepaskan

Setelah sekian lama membangunkan Weave, akhirnya, kini versi 1.0 untuk plugin Firefox yang membolehkan para pengguna menggunakan data-data Firefox seperti bookmark, kata laluan, tetapan aplikasi, sejarah pelayaran dan sebagainya supaya dapat digunakan di PC berbeza dengan mudah sekali telah pun dilepaskan secara rasmi.

Android Versi Seterusnya Di Berikan Nama Kod Froyo

Pembangunan Android sememangnya agak pantas sekali, dan kini ianya digunakan oleh kebanyakkan pengeluar telefon bimbit sebagai sistem operasi untuk telefon bimbit pintar keluaran mereka. versi Android yang paling terkini adalah dikenali sebagai Eclairs dan kini kedengaran yang mana, versi Android seterusnya akan dikenali sebagai Froyo dan bukannya sebagai Flan yang diperkatakan sebelum ini.

5 Aplikasi Yang Perlu Ada Pada Linux Anda

Setiap kalo anda memasang distro yang baru, mungkin anda tertanya-tanya apakah aplikasi dan perisian yang benar-benar diperlukan untuk sistem operasi anda yang baru itu. Di sini, kami himpunkan lima aplikasi yang kami anggap penting buat kami, dan mungkin ianya juga berguna buat anda semua.

VideoLAN Sedang Membangunkan Aplikasi Edit Video

Mungkin buat masa ini, umum sudah mengenali aplikasi VLC Media Player, iaitu aplikasi yang boleh menguruskan fail-fail audio dan video pada sebarang sistem operasi, termasuk Mac, Linux dan juga Windows. Terkini, mereka sedang membangunkan pula aplikasi untuk meng-edit video yang turut sama boleh dimainkan pada semua sistem operasi, yang mana dikenali sebagai VideoLAN Movie Creator atau secara ringkasnya, VLMC.