Seperti sedia maklum, sebelum ini Orcale telah mengambil alih Sun Microsystem, dan melaluinya, beberapa projek juga kini dibawah jagaan Oracle. Sebelum ini, OpenSolaris telah pun diumum akan ditamatkan, dan kini para pembangun OpenOffice mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkenalkan LibreOffice.
Seperti sedia maklum, Firefox 4.0 bakal menemui para pengguna pada penghujung tahun ini kelak, dan sehingga kini sudah 5 versi beta Firefox 4.0 dikeluarkan pihak Mozilla, dengan versi pembangunan beta ke-enam sudah boleh sedia diuji oleh para pembangun. Menariknya, versi pembangunan beta ke-enam Firefox 4.0 membawakan enjin JavaScript serba baru yang dipanggil JagerMonkey.
Setelah sekian lama dinantikan, kini para pengguna Linux sudah boleh menggunakan fungsi sembang suara dan video pada GMail. Buat masa ini, fungsi ini disokong pada Ubuntu dan lain-lain distro Linux yang berasaskan Debian. Sokongan RPM juga dikatakan akan disokong tidak lama lagi. Fungsi ini juga dikatakan oleh Google merupakan fungsi yang paling diminta oleh para pengguna GMail.
Selepas memperkenalkan Android 2.1 Eclair dan Android 2.2 Froyo, selain dalam pembangunan Android Gingerbread yang dikatakan akan menggunakan angka versi 3.0, kini nama bagi versi akan datang sudah pun mula diperkatakan, iaitu Android Honeycomb dan dijangka akan menemui para pengguna pada tahun hadapan.






