Mozilla Memperkenalkan Kraken

Dengan pelbagai pelayar web di luar sana, pelbagai kaedah digunakan untuk membuat ujian ke atas setiap versi pembangunannya. Terkini, Mozilla memperlihatkan kaedah baru dengan nama kod Kraken, yang mana ianya memfokuskan keatas beban kerja realistik dan aplikasi utama padanya.

Firefox 4.0 Pra-Beta 6 Membawakan Enjin JavaScript Baru

Seperti sedia maklum, Firefox 4.0 bakal menemui para pengguna pada penghujung tahun ini kelak, dan sehingga kini sudah 5 versi beta Firefox 4.0 dikeluarkan pihak Mozilla, dengan versi pembangunan beta ke-enam sudah boleh sedia diuji oleh para pembangun. Menariknya, versi pembangunan beta ke-enam Firefox 4.0 membawakan enjin JavaScript serba baru yang dipanggil JagerMonkey.

Panggilan Video Dan Suara Pada GMail Kini Menyokong Linux

Setelah sekian lama dinantikan, kini para pengguna Linux sudah boleh menggunakan fungsi sembang suara dan video pada GMail. Buat masa ini, fungsi ini disokong pada Ubuntu dan lain-lain distro Linux yang berasaskan Debian. Sokongan RPM juga dikatakan akan disokong tidak lama lagi. Fungsi ini juga dikatakan oleh Google merupakan fungsi yang paling diminta oleh para pengguna GMail.

Android Honeycomb Selepas Gingerbread

Selepas memperkenalkan Android 2.1 Eclair dan Android 2.2 Froyo, selain dalam pembangunan Android Gingerbread yang dikatakan akan menggunakan angka versi 3.0, kini nama bagi versi akan datang sudah pun mula diperkatakan, iaitu Android Honeycomb dan dijangka akan menemui para pengguna pada tahun hadapan.

OpenOffice.org 3.3 Beta Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Aplikasi pejabat sumber terbuka yang amat diminati ramai, OpenOffice.org kini sudah pun melepaskan versi beta pertama untuk versi akan datang mereka, iaitu OpenOffice.org 3.3. OpenOffice.org 3.3 yang kini disokong oleh Oracle dijangkakan akan menemui para pengguna menjelang penghujung tahun ini nanti.