Nampaknya, dalam sistem operasi Fedora generasi akan datang, iaitu Fedora 16 “Verne”, ianya akan menggunakan sistem fail Linux generasi akan datang, iaitu BTRFS. Untuk makluman, sistem fail Btrfs ini telah dibangunkan sejak dua tahun yang lepas, namun masih dilabelkan sebagai eksperimental sehingga kini. Walaubagaimanapun, ianya masih akan didatangkan dengan sokongan Ext4 seperti mana yang digunakan sekarang.
Pada 24 Mei yang lepas, pembangun Fedora telah pun melepaskan generasi baru sistem operasi mereka, iaitu Fedora 15 Lovelock. Menariknya mengenai Fedora 15 adalah dimana ianya merupakan distro Linux popular pertama yang menggunakan persekitaran desktop GNOME 3 padanya, selain mana turut membawakan sistem fail BTRFS. Lovelock turut sama membawakan kernel Linux 2.6.38.6 serta pelbagai aplikasi sumber terbuka yang terkini bersama-sama dengannya.
Pihak pembangun Fedora hari ini telah pun mengumumkan nama rasmi untuk Fedora 16. Melalui suatu undian yang telah dijalankan, melibatkan lebih 421 undian, nama Fedora 16 ditetapkan sebagai Verne. Selain daripada Verne, beberapa nama cadangan lain untuk Fedora 16 adalah termasuk Beefy Miracle, Omoto, Nepia, dan Bonnet.
Dengan pelepasan Fedora 14 tempoh hari, ianya sekaligus menandakan pembangunan untuk Fedora 15 sudah pun bermula. Menariknya, kini komuniti Fedora telah pun memilih nama “Lovelock” untuk Fedora 15. Fedora 15 yang kini dalam proses pembangunan dijangka akan mengambil masa pembangunan lebih kurang enam bulan, dan dijangka akan dilepaskan kepada para pengguna dan umum pada bulan April 2011 kelak.
Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya pembangun disebalik Projek Fedora telah pun mengumumkan pelancaran sistem operasi versi terkini daripada Fedora, iaitu Fedora 14 dengan nama kod “Laughlin” yang dinamakan bersempena dengan nama seorang ahli fizik, Robert B. Laughin. Sama seperti sebelumnya, Fedora 14 turut membawakan beberapa perkara baru pada sistem operasi sumber terbuka tersebut.



