Para pembangun Fedora hari ini telah pun mengumumkan nama kod bagi Fedora 13 yang akan dilepaskan tahun hadapan iaitu Fedora 13 – Goddard. Biasanya kesemua nama kod yang diberikan bagi sistem operasi Fedora berkait antara satu sama lain, dan dalam kes ini, Fedora 12 yang diberikan nama Constantine dan Fedora 13 yang diberikan nama Goddard berkait dari segi sains peroketan.
Setelah pelepasan Fedora 11 tempoh hari, ianya sudah menandakan yang mana pembangunan Fedora 12 sudah pun dimulakan. Fedora 12 bakal dikenali dengan nama kod Constantine, dan versi Alpha pertamanya sudah pun dilepaskan oleh para pembangunnya. Fedora 12 “Constantine” dijangka akan dilepaskan sebulan selepas Windows 7 dikeluarkan kelak.
Walaupun masih ramai pengguna yang masih menikmati pemasangan Fedora 11 (Leonidas) yang baru dilepaskan, para pembangun disebalik sistem operasi Fedora sudah giat merancang untuk membangunkan versi seterusnya, iaitu Fedora 12. Fedora 12 dijangka akan dilepaskan pada hujung tahun ini, yang mana bakal membawakan pelbagai aplikasi dan perisian sumber terbuka bersamanya kelak.
Selepas Ubuntu dan Mandriva masing-masing melepaskan versi terbaru distro mereka, kini Fedora pula melepaskan Fedora 11 dengan nama kod Leonidas. Lewat dua minggu daripada yang dijanjikan, Fedora 11 didatangkan dalam dua perisa, GNOME dan KDE. Fedora 11 juga membawakan pelbagai fungsi baru dan peningkatan daripada versi sebelumnya.
Versi Beta Fedora 11 sudah pun dikeluarkan, yang mana memperlihatkan fungsi-fungsi dan kepenggunaan yang bakal diperkenalkan dalam versi penuh Fedora 11 Leonidas yang bakal dilepaskan pada akhir bulan Mei 2009 kelak. Fedora 11 kelak akan dilepaskan dengan perisian dan aplikasi sumber terbuka yang popular seperti GNOME 2.26, KDE 4.2, XFCE 4.6, selain menyokong sistem fail EXT4.



