Setelah Ubuntu 9.10 dilepaskan pada bulan Oktober yang lepas, kini pihak pembangun Sabily, iaitu sistem operasi khas untuk pengguna Muslim, telah pun melepaskan Sabily 9.10 dengan nama kod Gaza. Sabily 9.10 didatangkan dalam dua versi berbeza, iaitu versi ringan, bersaiz 1GB dan juga versi penuh bersaiz 2.8GB. Versi penuh didatangkan dengan beberapa aplikasi baru, seperti Fsool, Rejaal dan juga Arabeyes Qamoos.
Setelah hampir setahun lebih Fedora 10 “Cambridge” dilepaskan kepada umum, yang mana membawakan pelbagai perkara baru pada distro kegemaran ramai itu, kini tamatnya sokongan untuknya. Ini bermakna yang mana para pengguna Fedora 10 tidak lagi akan menerima kemaskini sekuriti terkini dan diminta untuk mengemaskini sistem operasi mereka kepada yang lebih terkini.
Bapa kepada Ubuntu, Mark Shuttleworth hari ini telah pun mengumumkan pada blog beliau yang mana mulai bulan Mac 2010, beliau akan berhenti daripada menjadi CEO Canonical, dan digantikan oleh Jane Silber yang mana kini bertugas sebagai COO Canonical. Walaubagaimanapun, beliau akan terus memainkan peranan penting pada Canonical, yang mana lebih kepada perekabentuk dan pembangun produk.
Buat masa ini, seperti sedia maklum, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx tidak akan membawakan sebarang tema GTK yang baru, tetapi mereka akan mengemaskini rekabentuk dan antaramuka Ubuntu supaya lebih menepati citarasa para pengguna pada masa kini. Buat masa ini, para pembangun Ubuntu sedang membangunkan tema yang berbentuk aero, atau yang memperlihatkan separa halimunan para tema GTK mereka.
Sementara menunggu Chrome OS siap sepenuhnya pada tahun hadapan, kini anda sudah boleh mencuba Jolicloud yang ditunggu-tunggu untuk sekian lama. Kini, Jolicloud Beta sedia dimuat-turun oleh semua, tanpa sebarang pendaftaran diperlukan, dan sudah sedia untuk dipasang dan dicuba pada netbook Windows anda. Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun fail 600Mb yang berbentuk .exe dan memasangnya pada netbook Windows anda.






