Setelah percubaan demi percubaan, akhirnya, kini OpenSUSE 11.2 telah pun dilepaskan secara rasminya, yang mana membawakan pelbagai perkara dan fungsi yang serba baru, menjadikan desktop openSUSE anda kelihatan lebih menarik. openSUSE 11.2 yang mengambil masa pembangunan selama 11 bulan ini didatangkan dalam bentuk KDE4 dan juga GNOME dalam dua variasi iaitu 32-bit serta 64-bit.
Komuniti sumber terbuka Malaysia merupakan antara komuniti yang aktif di dunia dengan mengadakan pelbagai acara tahunan dan sebagainya. Selain daripada acara tahunan, kita juga mempunyai distro tersendiri, iaitu Knoppix Malay yang mana tidak lagi dibangunkan buat masa ini, serta terbaru Oshirix. Oshirix yang dibangunkan oleh Komuniti Mambang menggunapakai Debian Lenny 5 sebagai asas distro mereka.
Selain Ubuntu 9.10 daripada Canonical, Mandriva turut membangunkan dan telah pun melepaskan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu Mandriva Linux 2010. Dengan usaha keras selama 4 bulan, Mandriva 2010 kini boleh dimuat-turun dalam bentuk KDE ataupun GNOME dalam variasi 32-bit serta 64-bit. Sama seperti Karmic Koala, Mandriva Linux 2010 turu membawakan pelbagai perkara baru ke dalam sistem operasi mereka.
Canonical secara rasminya telah pun melepaskan sistem operasi Ubuntu Linux 9.10 yang mana dikenali sebagai Karmic Koala tepat pada tarikhnya, iaitu 29 Oktober 2009. Ubuntu 9.10 membawakan pelbagai perkara baru, dari pada skrin boot sehinggalah tema desktop yang kini lebih menarik berbanding sebelumnya. Ubuntu 9.10 turut membawakan pelbagai perkara baru yang menarik serta fungsi-fungsi baru yang menjadikannya sebuah sistem operasi yang amat menarik sekali.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang pelancaran dan pelepasan sistem operasi Ubuntu Linux 9.10 yang diberikan nama kod Karmic Koala, dan menariknya anda sudah pun boleh menempah CD Karmic Koala secara percuma melalui laman khas Canonical, iaitu laman ShipIT. Walaupun ditawarkan secara percuma, Canonical mengalakkan anda memuat-turun distro terbabit terlebih dahulu.





