Hari ini, Mark Shuttleworth mengumumkan nama kod bagi Ubuntu 10.04 kelak, yang mana diberi nama Lucid Lynx. Ubuntu 10.04 Lucid Lynx kelak akan dilepaskan pada bukan April 2010 kelak. Buat masa ini, para pembangun Ubuntu sedang giat membangunkan Ubuntu 9.10 Karmic Koala yang akan dilepaskan pada bulan Oktober 2009 kelak.
Para pembangun Ubuntu sedang giat mengusahakan versi berikut bagi sistem operasi mereka, iaitu Ubuntu 9.10. Terkini, mereka telah pun melepaskan Ubuntu 9.10 versi pembangunan alpha ke-enam bagi para pengguna dan pembangun untuk mencubanya, sebelum ianya dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober kelak.
Setiap versi Ubuntu akan membawakan pembaharuan dan penambahbaikkan dalam sistem operasi mereka. Terkini, melalui versi pembangunan Ubuntu 9.10 (Karmic Koala), Canonical memperlihatkan boot splash yang serba baru. Rekabentuk baru ini dibangunkan menggunakan XPlash mengantikan Usplash. Selain daripada boot splash, penukaran sistem operasi dalam bentuk grafik juga diperkenalkan, yang mana boleh diakses dengan menekan kekunci ESC.
Setelah pelepasan Fedora 11 tempoh hari, ianya sudah menandakan yang mana pembangunan Fedora 12 sudah pun dimulakan. Fedora 12 bakal dikenali dengan nama kod Constantine, dan versi Alpha pertamanya sudah pun dilepaskan oleh para pembangunnya. Fedora 12 “Constantine” dijangka akan dilepaskan sebulan selepas Windows 7 dikeluarkan kelak.




