Linux Mint 7 RC Boleh Di Cuba Sekarang

Salah satu sistem operasi yang berasaskan Ubuntu Jaunty Jackalope, Linux Mint sudah pun mengeluarkan Linux Mint RC 7. Menariknya pada Linux Mint adalah dimana antaramuka desktop GNOME digunakan dan ditetapkan dengan rekabentuk antaramuka Windows, dimana taskbar diposisikan dibahagian bawah.

Peratus Penggunaan Linux Mencecah 1%

Bulan April memperlihatkan beberapa distro terkemuka mengemaskini sistem operasi mereka, sekaligus ini telah meningkatkan angka pengguna Linux seluruh dunia. Setelah sekian lama, akhirnya kini peratusan pengguna Linux seluruh dunia mencecah lebih daripada 1%. Selain daripada sistem operasi, pelayar web juga memperlihatkan penambahan penggunaan pelayar web berasaskan sumber terbuka.

Mandriva 2009.1 Membawa Pelbagai Perubahan

Para pembangun Mandriva telah pun mengumumkan pengeluaran Mandriva 2009.1 yang diberikan nama kod Pauillac. Beberapa perkara yang telah dipertingkatkan termasuklah tempoh masa boot yang lebih pantas hampir 25% daripada versi sebelumnya.

Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope) Di Lepaskan

Setelah mengeluarkan beberapa versi beta, tepat pada waktu yang dijanjikan, Canonical telah pun melepaskan Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope pada 23 April 2009 yang lepas. Antara perkara baru pada Ubuntu 9.04 adalah fungsi notifikasi, sokongan sistem fail EXT4, tambahan tema baru, skrin log masuk baru dan kemaskini aplikasi terkemuka seperti Firefox 3 dan OOo 3.0.

Fedora 11 Beta Memperlihatkan Fungsi Baru

Versi Beta Fedora 11 sudah pun dikeluarkan, yang mana memperlihatkan fungsi-fungsi dan kepenggunaan yang bakal diperkenalkan dalam versi penuh Fedora 11 Leonidas yang bakal dilepaskan pada akhir bulan Mei 2009 kelak. Fedora 11 kelak akan dilepaskan dengan perisian dan aplikasi sumber terbuka yang popular seperti GNOME 2.26, KDE 4.2, XFCE 4.6, selain menyokong sistem fail EXT4.