Pada 23 Julai yang lepas, pihak Canonical telah pun melepaskan alpha ketiga bagi versi sistem operasi Ubuntu yang bakal menjelang tiba pada hujung bulan Oktober kelak – Ubuntu 9.10 (Karmic Koala). Beberapa perkara baru dalam Alpha 3 ini adalah pengintegrasian bersama Ubuntu One dan juga pengurus login yang diberikan nafas baru.
Mungkin bukan semua rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk memiliki telefon pintar HTC dari Celcom untuk mencuba aplikasi Android. Untuk mengatasinya, anda boleh mencuba Live Android, yang mana membolehkan anda menggunakan dan menjalankan aplikasi Android pada komputer anda tanpa perlu mengubah sebarang tetapan komputer anda.
Sekiranya anda perasan, Ubuntu memberikan nama mengikut abjad dan penggunaan nama haiwan dalam setiap versi baru yang dilepaskan oleh mereka. Sama seperti mereka, Google juga berbuat demikian pada sistem operasi mudah alih mereka, Android. Google mengguna pakai nama-nama makanan pada setiap versi terbaru Android.
Kini, Netbook sudah menjadi antara gajet yang diguna pakai oleh ramai pengguna, dan dengan itu, banyak distro khas untuk netbook kini dibangunkan yang mana membawakan fungsi yang maksima dengan penggunaan ruangan dan sumber yang minimum. Selain Ubuntu Netbook Remix dan Moblin, salah satu sistem operasi khas untuk netbook yang kian mendapat perhatian adalah Jolicloud.
Walaupun masih ramai pengguna yang masih menikmati pemasangan Fedora 11 (Leonidas) yang baru dilepaskan, para pembangun disebalik sistem operasi Fedora sudah giat merancang untuk membangunkan versi seterusnya, iaitu Fedora 12. Fedora 12 dijangka akan dilepaskan pada hujung tahun ini, yang mana bakal membawakan pelbagai aplikasi dan perisian sumber terbuka bersamanya kelak.





