Canonical Mengumumkan Ubuntu Light dan Unity

Pada acara tahunan, Ubuntu Developer Summit yang diadakan di Brussels, Belgium kini, Mark Shuttleworth, iaitu bekas CEO Canonical memperkenalkan antaramuka dan pengalaman desktop baru yang dipanggil sebagai Unity dan sebuah versi ringan Ubuntu yang dioptimasikan khas untuk sistem yang menggunakan dual-boot yang dipanggil Ubuntu Light.

Manual Oshirix Kini Sedia Di Baca Dan Di Muat-Turun

Buat masa ini, mungkin ramai yang sudah mengenali akan distro Linux yang dibangunkan oleh para pembangun Malaysia, iaitu Oshirix. Menariknya, sama seperti Ubuntu, pembangun disebalik Oshirix juga kini membawakan sebuah manual ringkas yang berkait dengan Oshirix.

Fedora 14 Di Berikan Nama Kod Laughlin

Tinggal hanya beberapa hari lagi untuk Fedora 13 dilepaskan kepada umum, iaitu pada 18 Mei 2010m dan kini pembangun Fedora telah pun menentukan nama bagi versi Fedora yang seterunya, iaitu Fedora 14 – Laughlin. Sebelum ini, Fedora 13 dikenali dengan nama Goddard.

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx LTS Sedia Di Gunakan

Setelah melalui pelbagai fasa pembangunan, iaitu sehingga tiga versi alpha, dua versi beta dan terakhir sekali, fasa release candidate, kini secara rasminya, Ubuntu 10.04 Lucis Lynx LTS sudah sedia dimuat-turun dan digunakan oleh kesemua pengguna Ubuntu seluruh dunia. Seperti yang diketahui, melalui versi LTS ataupun Long-Term Support, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx disokong sehingga 3 tahun bagi versi desktop, dan juga 5 tahun bagi versi server.

Dalami Ilmu Ubuntu dan Linux Dengan Manual Ubuntu

Adakah anda pengguna baru Ubuntu, ataupun ingin mendalami lagi penggunaan Ubuntu atau Linux? Kini, Canonical menyediakan sebuah panduan ringkas untuk anda mula mengenali Ubuntu melalui projek Ubuntu Manual. Setelah melalui pelbagai peringkat pembangunan dan fasa, kini Manual Ubuntu sedia dimuat-turun dan dibaca oleh semua pengguna seluruh dunia.