Setelah pembangunan demi pembangunan dilakukan, kini secara rasminya, Canonical mengumumkan pelancaran beta pertama untuk sistem operasi Ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Ubuntu 11.04 dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan ini, dimana sebelum versi akhir, Ubuntu 11.04 Beta 2 akan dilancarkan pada 14 April kelak.
Seperti sedia maklum, Ubuntu 11.04 kelak bakal membawakan pelbagai baru, dan salah satu fungsi baru yang amat menarik sekali adalah kebolehan untuk menguji sesuatu aplikasi dan perisian itu tanpa perlu anda memasangnya terlebih dahulu pada sistem operasi anda. Para pengguna Ubuntu juga turut sama boleh menguji fungsi ini sekarang dengan memasang sebuah pakej yang dipanggil sebagai QTNX.
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Majalah Sabily telah pun dilancarkan secara rasminya, dimana kini semua boleh memuat-turun majalah tersebut yang mana dipenuhi dengan pelbagai informasi berguna berkaitan dengan perisian dan sistem operasi sumber terbuka, termasuk tips-tips berguna dan juga ruangan soal-jawab berkaitan Linux dan Sabily.
Mark Shuttleworth mengumumkan bahawa bagi keluaran sistem operasi ubuntu akan datang iaitu Ubuntu 11.04 Natty Narwhal akan dihadirkan bersama LibreOffice, sekaligus mengantikan OpenOffice yang mana sebelum ini telah diambil alih oleh pihak Oracle, sekaligus menjadikan komunitinya beralih kepada LibreOffice.
Mungkin antara pengguna Linux telah pun menggunakan Sabily, atau pernah mendengar akannya, iaitu salah satu distro berasaskan Ubuntu, yang membawakan pelbagai aplikasi Islamik, dan sesuai digunakan oleh siapa sahaja. Menariknya, kumpulan Sabily Malaysia, kini mengambil inisiatif dalam mempromosikan penggunaan Sabily di Malaysia, dengan membuat keputusan untuk menerbitkan sebuah majalah khas berkenaan Sabily, iaitu “Edaran Sabily”.




