Angry Birds yang sememangnya telah menjadi suatu fenomena yang hangat dikalangan pengguna perantian mudah-alih, baru-baru ini telah mula diperkenalkan kepada pengguna Windows dan Mac. Menariknya, kini, berkemungkinan besar, Rovio Mobile akan turut sama membangunkan permainan Angry Birds yang menjadi bualan ramai itu untuk pengguna Linux, dan lebih spesifiknya untuk Ubuntu.
Setelah sekian lama dirancang, kini pihak pembangun Ubuntu telah pun memperkenalkan klien Windows untuk perkhidmatan dalam talian mereka, iaitu Ubuntu One. Buat masa ini, klien Windows untuk Ubuntu One adalah masih lagi dalam peringkat beta, dan para pengguna yang ingin mengujinya perlulah terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai penguji, sebelum boleh memuat-turunnya.
Secara rasminya, kini, versi terakhir dan stabil untuk Linux Mint 10 telah pun dilepaskan kepada umum dan sedia dimuat-turun. Linux Mint 10 yang dikenali sebagai “Julia” ini dibangunkan dengan berasaskan pada Ubuntu 10.10 yang dilepaskan baru-baru ini, membawakan kernel Linux 2.6.35, dan persekitaran desktop GNOME 2.32, serta X.Org 7.5. Selain daripada itu, Linux Mint 10 Julia turut membawakan pelbagai perkara baru yang menarik.
Dengan pelepasan Fedora 14 tempoh hari, ianya sekaligus menandakan pembangunan untuk Fedora 15 sudah pun bermula. Menariknya, kini komuniti Fedora telah pun memilih nama “Lovelock” untuk Fedora 15. Fedora 15 yang kini dalam proses pembangunan dijangka akan mengambil masa pembangunan lebih kurang enam bulan, dan dijangka akan dilepaskan kepada para pengguna dan umum pada bulan April 2011 kelak.
Setelah dinantikan sekian lama, kini pihak pembangun Sabily telah pun melepaskn versi terkini Sabily yang dibangunkan berasaskan Ubuntu 10.10, iaitu Sabily 10.10 dengan nama kod Al-Quds. Salah satu perubahan besar yang dibawakan oleh Sabily 10.10 adalah perubahan pada logo, dimana pembangun Sabily memperkenalkan logo Sabily yang lebih kemas dan cantik sekali.






