Fedora 14 Laughlin Di Lepaskan

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya pembangun disebalik Projek Fedora telah pun mengumumkan pelancaran sistem operasi versi terkini daripada Fedora, iaitu Fedora 14 dengan nama kod “Laughlin” yang dinamakan bersempena dengan nama seorang ahli fizik, Robert B. Laughin. Sama seperti sebelumnya, Fedora 14 turut membawakan beberapa perkara baru pada sistem operasi sumber terbuka tersebut.

Ubuntu Bakal Menggantikan Shell GNOME Dengan Unity

Pada acara Ubuntu Developer Summit yang berlangsung minggu ini, pengasas Ubuntu, Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan, yang mana Unity yang dibangunkan oleh para pembangun Ubuntu akan digunakan sebagai desktop utama mereka pada generasi akan datang Ubuntu, iaitu mulai Ubuntu 11.04 “Natty Narwhal”. Bagi yang tidak ketahui, Ubuntu 10.10 sudah pun mula menggunakan Unity, tetapi hanya pada versi netbooknya sahaja dan bukannya secara keseluruhan seperti yang dirancang untuk Ubuntu 11.04.

Pembangunan Ubuntu 11.04 Di Mulakan

Baru sahaja seminggu lebih pihak Canonical mengumumkan pelepasan Ubuntu 10.10, kini pihak pembangun disebalik Ubuntu sudah pun mulakan pembangunan untuk generasi baru sistem operasi Ubuntu, iaitu Ubuntu 11.04 “Natty Narwhal” yang dijangka akan dilepaskan pada bulan April 2011 kelak. Ubuntu 11.04 kelak dijangka membawakan pelbagai perubahan, dan mengguna-pakai persekitaran desktop terkini daripada GNOME, iaitu GNOME 3.0.

simpleLinux – Distro Linux Dari Malaysia Yang Ringkas

Selain daripada Oshirix, Malaysia juga mempunyai sebuah distro lain yang ringkas dan mudah digunakan, dipanggil sebagai simpleLinux. Ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan versi beta terakhirnya telah dikeluarkan pada bulan Mac yang lalu. Menariknya mengenai simpleLinux ini adalah dimana saiz failnya yang amat kecil, dimana simpleLinux Mini hanya bersaiz lebih kurang 90MB manakala simpleLinux EXT pula bersaiz lebih kurang 300MB.

Canonical Melepaskan Ubuntu 10.10 “Maverick Meerkat”

Canonical dan pembangun disebalik sistem operasi Ubuntu telah pun mengumumkan secara rasminya pelancaran sistem operasi versi terkini mereka, Ubuntu 10.10 dengan nama kod “Maverick Meerkat”. Melalui Ubuntu 10.10 ianya membawakan pelbagai perkara baru, termasuk antaramuka yang diperkemaskini, installer yang serba baru dan juga sokongan hardware yang dipertingkatkan.