Ubuntu 10.10 Bakal Di Lepaskan Dalam 10 Hari Lagi

Selepas versi beta, terkini pembangun Ubuntu telah pun melepaskan versi pembangunan RC(Release Candidate) untuk versi Ubuntu akan datang, iaitu Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat). Pelbagai perkara baru yang dibawakan oleh Ubuntu 10.10 RC ini, dan Ubuntu 10.10 versi akhir akan diperlihatkan dalam jangka masa sepuluh hari lagi, iaitu pada 10 Oktober 2010.

Fedora 14 (Laughlin) Beta Sedia Di Uji

Setelah sekian lama dinantikan, pembangun disebalik Projek Fedora yang mana ditaja oleh Red Hat telah pun melepaskan versi beta untuk sistem operasi Fedora Linux 14. Buat masa ini, pembangunan Fedora 14 ini masih lagi mengikut jadual yang telah dirancang, dan versi akhir untuk Fedora 14 ini dijangka akan dilepaskan kepada para pengguna seawal bulan November kelak.

Illumos Foundation Memperkenalkan OpenIndiana

Seperti yang dinantikan, Illumos Foundation telah pun secara rasminya memperkenalkan OpenIndiana, iaitu salah satu daripada variasi Solaris, ataupun OpenSolaris yang telah dihentikan pembangunannya oleh Oracle. Buat masa ini, hanya versi pembangunannya sahaja yang telah diperkenalkan, dan mereka yang berminat sudah boleh mengujinya pada komputer masing-masing.

OpenIndiana Bakal Di Lancarkan Minggu Hadapan

Setelah mendengar berita yang mana OpenSolaris tidak akan diteruskan oleh Oracle, kini komuniti disebaliknya mengambil langkah untuk meneruskan hidup sistem operasi OpenSolaris dibawah nama baru, OpenIndiana, yang mana akan diperkenalkan secara rasminya kepada umum pada 14 September kelak.

Macbuntu – Ubah Ubuntu Anda Menjadi Mac OS X

Sebelum ini, sekiranya anda ingin mengubah tema dan antaramuka pemasangan Linux anda untuk menyerupai antaramuka Mac OS X, semestinya anda akan mengguna-pakai Mac4Lin. Namun begitu, kini, khas untuk para pengguna Ubuntu, ianya diperkenalkan Macbuntu, iaitu salah satu pakej transformasi yang mengubah desktop anda kepada antaramuka Mac OS X dengan mudah.