Para pembangun Linux Mint sudah pun melepaskan Linux Mint 8 yang diberikan nama kod “Helena” pada hujung bulan yang lepas, dimana melalui Linux Mint 8, mereka berharap akan membawakan sebuah sistem operasi Linux yang lebih mesra pengguna, disamping membawakan sokongan kepada beberapa perkara penting, termasuk Java, DVD dan pelbagai Codec video.
Nampaknya, mulai Ubuntu 10.04 Lucid Lynx, apikasi alternatif untuk Phosotshop, iaitu GIMP tidak lagi akan disertakan sekali bersama-sama dengan Ubuntu. Sebaliknya, semua proses asas untuk edit gambar dan imej akan diintegrasikan pada aplikasi F-Spot. Ini adalah kerana GIMP dianggap sebagai aplikasi untuk para professional, dan Ubuntu anggap ianya tidak penting untuk disertakan sekali bersama sistem operasi mereka.
Canonical secara rasminya telah pun melepaskan sistem operasi Ubuntu Linux 9.10 yang mana dikenali sebagai Karmic Koala tepat pada tarikhnya, iaitu 29 Oktober 2009. Ubuntu 9.10 membawakan pelbagai perkara baru, dari pada skrin boot sehinggalah tema desktop yang kini lebih menarik berbanding sebelumnya. Ubuntu 9.10 turut membawakan pelbagai perkara baru yang menarik serta fungsi-fungsi baru yang menjadikannya sebuah sistem operasi yang amat menarik sekali.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang pelancaran dan pelepasan sistem operasi Ubuntu Linux 9.10 yang diberikan nama kod Karmic Koala, dan menariknya anda sudah pun boleh menempah CD Karmic Koala secara percuma melalui laman khas Canonical, iaitu laman ShipIT. Walaupun ditawarkan secara percuma, Canonical mengalakkan anda memuat-turun distro terbabit terlebih dahulu.
Hari ini, Mark Shuttleworth mengumumkan nama kod bagi Ubuntu 10.04 kelak, yang mana diberi nama Lucid Lynx. Ubuntu 10.04 Lucid Lynx kelak akan dilepaskan pada bukan April 2010 kelak. Buat masa ini, para pembangun Ubuntu sedang giat membangunkan Ubuntu 9.10 Karmic Koala yang akan dilepaskan pada bulan Oktober 2009 kelak.




