Mark Shuttleworth mengumumkan bahawa bagi keluaran sistem operasi ubuntu akan datang iaitu Ubuntu 11.04 Natty Narwhal akan dihadirkan bersama LibreOffice, sekaligus mengantikan OpenOffice yang mana sebelum ini telah diambil alih oleh pihak Oracle, sekaligus menjadikan komunitinya beralih kepada LibreOffice.
Mungkin antara pengguna Linux telah pun menggunakan Sabily, atau pernah mendengar akannya, iaitu salah satu distro berasaskan Ubuntu, yang membawakan pelbagai aplikasi Islamik, dan sesuai digunakan oleh siapa sahaja. Menariknya, kumpulan Sabily Malaysia, kini mengambil inisiatif dalam mempromosikan penggunaan Sabily di Malaysia, dengan membuat keputusan untuk menerbitkan sebuah majalah khas berkenaan Sabily, iaitu “Edaran Sabily”.
Angry Birds yang sememangnya telah menjadi suatu fenomena yang hangat dikalangan pengguna perantian mudah-alih, baru-baru ini telah mula diperkenalkan kepada pengguna Windows dan Mac. Menariknya, kini, berkemungkinan besar, Rovio Mobile akan turut sama membangunkan permainan Angry Birds yang menjadi bualan ramai itu untuk pengguna Linux, dan lebih spesifiknya untuk Ubuntu.
Setelah sekian lama dirancang, kini pihak pembangun Ubuntu telah pun memperkenalkan klien Windows untuk perkhidmatan dalam talian mereka, iaitu Ubuntu One. Buat masa ini, klien Windows untuk Ubuntu One adalah masih lagi dalam peringkat beta, dan para pengguna yang ingin mengujinya perlulah terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai penguji, sebelum boleh memuat-turunnya.
Secara rasminya, kini, versi terakhir dan stabil untuk Linux Mint 10 telah pun dilepaskan kepada umum dan sedia dimuat-turun. Linux Mint 10 yang dikenali sebagai “Julia” ini dibangunkan dengan berasaskan pada Ubuntu 10.10 yang dilepaskan baru-baru ini, membawakan kernel Linux 2.6.35, dan persekitaran desktop GNOME 2.32, serta X.Org 7.5. Selain daripada itu, Linux Mint 10 Julia turut membawakan pelbagai perkara baru yang menarik.





