Setelah dinantikan sekian lama, kini pihak pembangun Sabily telah pun melepaskn versi terkini Sabily yang dibangunkan berasaskan Ubuntu 10.10, iaitu Sabily 10.10 dengan nama kod Al-Quds. Salah satu perubahan besar yang dibawakan oleh Sabily 10.10 adalah perubahan pada logo, dimana pembangun Sabily memperkenalkan logo Sabily yang lebih kemas dan cantik sekali.
Pada acara Ubuntu Developer Summit yang berlangsung minggu ini, pengasas Ubuntu, Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan, yang mana Unity yang dibangunkan oleh para pembangun Ubuntu akan digunakan sebagai desktop utama mereka pada generasi akan datang Ubuntu, iaitu mulai Ubuntu 11.04 “Natty Narwhal”. Bagi yang tidak ketahui, Ubuntu 10.10 sudah pun mula menggunakan Unity, tetapi hanya pada versi netbooknya sahaja dan bukannya secara keseluruhan seperti yang dirancang untuk Ubuntu 11.04.
Baru sahaja seminggu lebih pihak Canonical mengumumkan pelepasan Ubuntu 10.10, kini pihak pembangun disebalik Ubuntu sudah pun mulakan pembangunan untuk generasi baru sistem operasi Ubuntu, iaitu Ubuntu 11.04 “Natty Narwhal” yang dijangka akan dilepaskan pada bulan April 2011 kelak. Ubuntu 11.04 kelak dijangka membawakan pelbagai perubahan, dan mengguna-pakai persekitaran desktop terkini daripada GNOME, iaitu GNOME 3.0.
Canonical dan pembangun disebalik sistem operasi Ubuntu telah pun mengumumkan secara rasminya pelancaran sistem operasi versi terkini mereka, Ubuntu 10.10 dengan nama kod “Maverick Meerkat”. Melalui Ubuntu 10.10 ianya membawakan pelbagai perkara baru, termasuk antaramuka yang diperkemaskini, installer yang serba baru dan juga sokongan hardware yang dipertingkatkan.
Selepas versi beta, terkini pembangun Ubuntu telah pun melepaskan versi pembangunan RC(Release Candidate) untuk versi Ubuntu akan datang, iaitu Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat). Pelbagai perkara baru yang dibawakan oleh Ubuntu 10.10 RC ini, dan Ubuntu 10.10 versi akhir akan diperlihatkan dalam jangka masa sepuluh hari lagi, iaitu pada 10 Oktober 2010.




