Lucid Lync Di Datangkan Bersama Manual Ubuntu

Mungkin semua sudah mengetahui akan Ubuntu 10.04 LTS akan dinamakan sebagai Lucid Lynx dan bakal membawakan beberapa perkara baru pada Ubuntu. Menariknya, salah satunya ialah dimana, ianya bakal disertakan dengan buku manual khas yang bakal diedarkan bersama secara percuma dalam bentuk *PDF. Manual khas Ubuntu ini kelak akan dikemaskini setiap 6 bulan, mengikuti dengan pelepasan versi baru Ubuntu.

Sabily 9.10 Gaza Membawakan Pelbagai Aplikasi Baru

Setelah Ubuntu 9.10 dilepaskan pada bulan Oktober yang lepas, kini pihak pembangun Sabily, iaitu sistem operasi khas untuk pengguna Muslim, telah pun melepaskan Sabily 9.10 dengan nama kod Gaza. Sabily 9.10 didatangkan dalam dua versi berbeza, iaitu versi ringan, bersaiz 1GB dan juga versi penuh bersaiz 2.8GB. Versi penuh didatangkan dengan beberapa aplikasi baru, seperti Fsool, Rejaal dan juga Arabeyes Qamoos.

Shuttleworth Berhenti Menjadi CEO Canonical Mulai Mac 2010

Bapa kepada Ubuntu, Mark Shuttleworth hari ini telah pun mengumumkan pada blog beliau yang mana mulai bulan Mac 2010, beliau akan berhenti daripada menjadi CEO Canonical, dan digantikan oleh Jane Silber yang mana kini bertugas sebagai COO Canonical. Walaubagaimanapun, beliau akan terus memainkan peranan penting pada Canonical, yang mana lebih kepada perekabentuk dan pembangun produk.

Ubuntu 10.04 Dengan Rekabentuk Ala-Ala Aero?

Buat masa ini, seperti sedia maklum, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx tidak akan membawakan sebarang tema GTK yang baru, tetapi mereka akan mengemaskini rekabentuk dan antaramuka Ubuntu supaya lebih menepati citarasa para pengguna pada masa kini. Buat masa ini, para pembangun Ubuntu sedang membangunkan tema yang berbentuk aero, atau yang memperlihatkan separa halimunan para tema GTK mereka.

Ubuntu 10.04 LTS Alpha 1 Sedia Di Uji

Canonical hari ini telah pun mengumumkan pelepasan versi pembangunan alpha yang pertama bagi Ubuntu 10.04 LTS, yang di panggil Lucid Lync. Mereka merancang untuk melepaskan sehingga tiga alpha untuk Ubuntu 10.04 Lucid Lynx ini. Lucid Lynx Alpha 1 ini membawakan kernel Linux 2.6.32, dan beberapa fungsi baru berbanding dengan Karmic Koala tempoh hari.