Dari hari ke hari, semakin ramai yang mengenali Ubuntu, dan kini Mark Shuttleworth mengumumkan di Ubuntu Developer Summit yang mana Canonical mensasarkan untuk mencapai lebih daripada 200 juta orang pengguna Ubuntu menjelang tahun 2015 kelak, sekaligus memberikan masa lebih kurang 4 tahun untuk mencapai angka tersebut.
Seperti tahun-tahun lepas, aktiviti tahunan komuniti sumber terbuka akan turut diadakan, iaitu Malaysia Open Source Conference 2011. Tahun ini akan menyaksikan tiga hari penuh dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian informasi berkaitan pelbagai perkara dalam dunia sumber terbuka daripada pelbagai pengguna dari pelbagai bidang.
Bersempena dengan sambutan ulang-tahun Linux yang ke-20 yang bakal diadakan tidak lama lagi, LinuxFoundation telah menyediakan sebuah video ringkas, memperlihatkan secara ringkasnya asal-usul Linux dalam bentuk animasi yang amat menarik sekali. Bagi para pengguna Linux, dan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Linux, ianya sesuatu yang menarik untuk dilihat dan dikongsikan bersama.
Selain daripada majalah Edaran Sabily keluaran kumpulan Sabily Malaysia, kini pembangun JomLinux turut sama memperkenalkan majalah mereka tersendiri yang mana lebih ditujukan kepada keseluruhan industri sumber terbuka. Majalah yang dinamakan sebagai Sumbu itu kini boleh dimuat-turun, dan ianya dijangka akan dilepaskan setiap bulan selepas ini.
Melalui suatu bancian yang dilakukan oleh Linux Foundation baru-baru ini untuk mengetahui sepopular manakah Linux dalam pengguna perdagangan, ianya memperlihatkan suatu hasil keputusan yang baik. Melalui bancian tersebut, ianya diketahui yang mana lebih 74.9% syarikat sedang menambah sistem operasi berasaskan Linux untuk lebih kurang lima tahun akan datang.




