LinuxMalaya » Industri

Electronic Arts Akan Hadir Ke Ubuntu Developer Summit
EA Games merupakan salah satu pengeluar dan penerbit permainan terkemuka didunia. Namun, sehingga kini mereka tidak pernah lagi mengeluarkan permainan untuk platform Linux, dan perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi. Daripada maklumat Ubuntu Developer Summit yang dikeluarkan, ia kelihatan Electronic Arts akan menghadiri sidang tersebut, malah akan mempersembahkan sesuatu yang khas pada acara tersebut minggu hadapan.

Ubuntu Developer Summit merupakan salah satu persidangan yang diadakan untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan Ubuntu, dan penyertaan EA memberikan idea, penerbit permainan tersebut bakal kelak menerbitkan permainan untuk platform Linux.

Sebelum ini, pada minggu lepas, maklumat lanjut mengenai Steam untuk Linux diketahui, dan kini dengan EA, adakah kita akan terus melihat pelbagai jenama besar yang lain hadir untuk menyokong permainan pada platform Linux?

Pendaftaran Koperasi Sumber Terbuka Selangor Diluluskan
Akhirnya, setelah lama dinantikan, hari ini para pengiat sumber terbuka di Selangor menerima berita gembira, apabila permohonan untuk Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad telah pun diluluskan, membolehkan kini ia bergiat dengan lebih aktif, disamping pelbagai aktiviti dan perancangan yang akan mula berjalan dalam waktu terdekat ini.

Salah satu perkara yang dirancang dalam aktiviti tahunan Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad adalah pengeluaran majalah mereka sendiri, dalam usaha untuk mendidik para pengguna untuk terus menggunakan aplikasi sumber terbuka dalam aktiviti harian mereka.

Pada masa yang sama, laman web rasmi juga dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat, membawakan lebih banyak info semasa berkaitan koperasi tersebut kepada umum. Memandangkan ia hanya diluluskan pada hari ini, mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak perancangan mereka dalam masa terdekat ini.

(Video) Bagaimanakah Linux Dibangunkan?
Linux, seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu projek kolaborasi terbesar di dunia dalam sejarah perkomputeran, melibatkan ribuan syarikat dan juga pengguna menyumbang dalam pembangunannya. Kini, dalam penggunaan harian, pengguna tidak boleh elak daripada menggunakannya termasuk dalam peranti mudah-alih seperti Android, mahupun menggunakan laman web yang dijana oleh pelayan Linux, seperti Facebook dan sebagainya.

Jadi, bagaimanakah ianya dibina dan dibangunkan? Dalam memberikan idea ringkas bagaimana projek usahasama semua ini dijayakan, Linux Foundation menyediakan sebuah video ringkas, memperlihatkan bagaimana Linux digunakan dalam kehidupan harian, sehinggalah bagaimana ia kini menjadi salah satu projek berjaya dalam dunia perkomputeran.

Canonical Mensasarkan Lebih 200 Juta Pengguna Ubuntu Menjelang 2015
Dari hari ke hari, semakin ramai yang mengenali Ubuntu, dan kini Mark Shuttleworth mengumumkan di Ubuntu Developer Summit yang mana Canonical mensasarkan untuk mencapai lebih daripada 200 juta orang pengguna Ubuntu menjelang tahun 2015 kelak, sekaligus memberikan masa lebih kurang 4 tahun untuk mencapai angka tersebut.

Ubuntu Developer Summit yang diadakan ini adalah untuk membincangkan mengenai Ubuntu keluaran seterusnya, iaitu Oneiric Ocelot yang mana disasarkan untuk dilancarkan pada 13 Oktober 2011 ini. Salah satu fokus utama pasukan pembangun, adalah termasuk dalam mempertingkatkan lagi Unity, dimana versi 2D dan juga OpenGL akan terdapat pada Ubuntu 11.10 kelak.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui berapakah bilangan keseluruhan Ubuntu diseluruh dunia, dan ianya diperkatakan buat masa ini Ubuntu mempunyai lebih daripada 12 juta pengguna di seluruh dunia.

MOSC 2011 Bakal Diadakan Di Pulau Pinang Pada Bulan Julai
Seperti tahun-tahun lepas, aktiviti tahunan komuniti sumber terbuka akan turut diadakan, iaitu Malaysia Open Source Conference 2011. Tahun ini akan menyaksikan tiga hari penuh dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian informasi berkaitan pelbagai perkara dalam dunia sumber terbuka daripada pelbagai pengguna dari pelbagai bidang.

Namun begitu, berbeza dengan tahun sebelum ini yang diadakan di Lembah Klang, untuk tahun ini, aktiviti sepanjang tiga hari ini, bermula daripada 3 Julai sehingga 5 Julai ini bakal diadakan di Pulau Pinang.

Malaysia Open Source Conference 2011 ini akan diadakan oleh OSDC.my dengan kerjasama AMDI-USM di Bay View Batu Ferringhi Pulau Pinang. Buat masa ini, agenda berkaitan dengannya masih lagi belum diumumkan, dan ianya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Kisah Linux Diperlihatkan Dalam Bentuk Animasi Video
Bersempena dengan sambutan ulang-tahun Linux yang ke-20 yang bakal diadakan tidak lama lagi, LinuxFoundation telah menyediakan sebuah video ringkas, memperlihatkan secara ringkasnya asal-usul Linux dalam bentuk animasi yang amat menarik sekali. Bagi para pengguna Linux, dan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Linux, ianya sesuatu yang menarik untuk dilihat dan dikongsikan bersama.

Sambutan ulang-tahun Linux ini kelak akan diadakan pada bulan Ogos kelak. Sepanjang 20 tahun ini, Linux telah melalui pelbagai pembangunan, dimana Ubuntu telah menjadi salah satu distro yang popular buat masa ini, dengan pelbagai distro lain terus menerima pelbagai kemaskini, hampir setiap hari.

Di Malaysia sendiri terdapat beberapa distro yang dibangunkan, termasuk Oshirix, simpleLinux dan juga FiMOS.

JomLinux Melancarkan Majalah Sumbu
Selain daripada majalah Edaran Sabily keluaran kumpulan Sabily Malaysia, kini pembangun JomLinux turut sama memperkenalkan majalah mereka tersendiri yang mana lebih ditujukan kepada keseluruhan industri sumber terbuka. Majalah yang dinamakan sebagai Sumbu itu kini boleh dimuat-turun, dan ianya dijangka akan dilepaskan setiap bulan selepas ini.

Majalah ini dinamakan Sumbu, mengambil gabungan nama daripada Sumber Terbuka, selain mana turut sama membawa maksud sebagai benang api-api. Pihak JomLinux menerangkan pemilihan nama tersebut dengan memperkatakan yang mana mereka inginkan majalah Sumbu menjadi sebagai salah satu panduang dan pencerahan berkenaan sumber terbuka kepada para pengguna.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun majalah Sumbu #1 keluaran bulan April secara percuma daripada laman Gumuu, ataupun sekiranya anda tidak ingin memuat-turunnya, anda boleh secara terus melihatnya daripada laman Gumuu.

Populariti Linux Kian Meningkat
Melalui suatu bancian yang dilakukan oleh Linux Foundation baru-baru ini untuk mengetahui sepopular manakah Linux dalam pengguna perdagangan, ianya memperlihatkan suatu hasil keputusan yang baik. Melalui bancian tersebut, ianya diketahui yang mana lebih 74.9% syarikat sedang menambah sistem operasi berasaskan Linux untuk lebih kurang lima tahun akan datang.

Selain daripada itu, ianya juga memperlihatkan yang mana lebih ramai pengguna yang sedang beralih kepada pembangunan Linux akhir-akhir ini, selain pengguna Windows dan Unix juga sedang beralih kepada Linux. Linux juga dipilih sebagai platform utama dalam pembangunan perkomputeran awan, dimana lebih kurang 70.3% menggunakan Linux sebagai platform utama berbanding Windows yang hanya digunakan oleh 18.3% pengguna.

Peningkatan pada Linux ini juga memperlihatkan banyak syarikat yang mula mencari pakar LINUX IT, dengan 38.3% responden yang mengutarakan kekurangan pakar Linux sebagai salah satu masalah berkaitan platform Linux.

Salah satu perkara yang menjadi faktor utama dalam pengguna perdagangan yang memilih Linux sebagai platform utama mereka adalah disebabkan kos, selain platform Linux yang kian mesra pengguna pada masa sekarang ini. Anda boleh membaca atau memuat-turun laporan penuh yang disediakan Linux Foundation pada laman rasmi mereka.

Document Foundation Memperkenalkan LibreOffice
Seperti sedia maklum, sebelum ini Oracle telah mengambil alih Sun Microsystem, dan melaluinya, beberapa projek juga kini dibawah jagaan Oracle. Sebelum ini, OpenSolaris telah pun diumum akan ditamatkan, dan kini para pembangun OpenOffice mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkenalkan LibreOffice.

Para pembangun dan komuniti OpenOffice telah pun mengumumkan pelancaran yayasan baru yang dikenali sebagai The Document Foundation, yang mana akan menjadi serpihan daripada OpenOffice dan akan menggunakan nama  LibreOffice.

Menariknya, ramai nama besar telah pun mengumumkan sokongan untuk The Document Foundation, termasuk Google, Red Hat, Canonical, Novell, Debian, Free Software Foundation, GNOME Foundation dan ramai lagi. Selain daripada itu, Document Foundation juga telah meminta kepada Oracle untuk mendermakan jenama OpenOffice kepada komuniti, dan sementara itu, mereka akan menggunakan jenama LibreOffice untuk perisian mereka.

Buat masa ini, DocumentFoundation telah pun menyediakan versi beta LibreOffice untuk dimuat-turun oleh para pengguna. Versi beta ini masih memperlihatkan antaramuka dan grafik yang lama, dan ianya dijangka berubah akan masa akan datang.

OpenIndiana Bakal Di Lancarkan Minggu Hadapan
Setelah mendengar berita yang mana OpenSolaris tidak akan diteruskan oleh Oracle, kini komuniti disebaliknya mengambil langkah untuk meneruskan hidup sistem operasi OpenSolaris dibawah nama baru, OpenIndiana, yang mana akan diperkenalkan secara rasminya kepada umum pada 14 September kelak.

Skrin Boot OpenIndiana

Oracle sebelum ini telah mengambil alih Sun Microsystems, dan selepas beberapa bulan, ianya menghentikan sokongan OpenSolaris. Kini, OpenIndiana muncul, dimana ianya merupakan sebahagian daripada Illumos Foundation, yang mana menyediakan alternatif sumber terbuka kepada solaris 11 dengan penglibatan komuniti sepenuhnya.

Pihak pembangunnya akan kelak mengadakan sidang akhbar pada 14 September dimana mereka akan memperlihatkan beberapa maklumat berkenaan dengan OpenIndiana, sekaligus memberikan akses kepada versi pembangunan pertama mereka. Laman rasmi OpenIndiana juga sudah sedia untuk dilawati, selain anda boleh mengikuti perkembangan OpenIndiana secara terus melalui akan Twitter mereka.

Skrin Login GDM OpenIndiana