Shuttleworth Berhenti Menjadi CEO Canonical Mulai Mac 2010

Bapa kepada Ubuntu, Mark Shuttleworth hari ini telah pun mengumumkan pada blog beliau yang mana mulai bulan Mac 2010, beliau akan berhenti daripada menjadi CEO Canonical, dan digantikan oleh Jane Silber yang mana kini bertugas sebagai COO Canonical. Walaubagaimanapun, beliau akan terus memainkan peranan penting pada Canonical, yang mana lebih kepada perekabentuk dan pembangun produk.

SourceForge Inc Di Jenamakan Semula Sebagai Geeknet

SourceForge Inc yang terkenal dengan sumbangan mereka kepada dunia sumber terbuka, hari ini telah mengumumkan penjenamaan semula organisasi mereka kepada Geek.Net. Menurut presiden dan CEO mereka, penjenaman semula organisasi mereka adalah salah satu daripada transformasi berterusan mereka. Pihak mereka juga mengatakan yang mana nama baru tersebut lebih menepati organisasi mereka yang mana lebih ditujukan kepada para peminat komputer.

Penggunaan Aplikasi Sumber Terbuka di Malaysia Makin Meningkat

Melalui data terkini yang dikeluarkan oleh OSCC, ianya memperlihatkan yang mana lebih 70% daripada aplikasi yang digunakan di pejabat kerajaan adalah aplikasi sumber terbuka. Data tersebut memperlihatkan yang mana, 521 daripada 724 agensi kerajaan telah pun mengadaptasi penggunaan aplikasi sumber terbuka dalam pejabat mereka.

Asus Bakal Mengeluarkan Eee PC Bersama Moblin

Hari ini beberapa laporan memperkatakan yang mana Asus sedang membangunkan netbook Eee PC baru yang mana bakal dikeluarkan ke pasaran dengan sistem operasi sumber terbuka. Netbook Eee PC yang bakal berada di pasaran bermula dari bulan Oktober ini dijangka akan menggunakan sistem operasi Moblin sebagai sistem opearasi utamanya.

Netbook Android Dari Acer Pada Suku Tahun Ke-3

Acer hari ini, melalui PC World, mengatakan bahawa mereka masih lagi dalam pembangunan netbook menggunakan sistem operasi Android, dan ianya bakal menemui para pengguna pada suku tahun ketiga tahun ini. Selain itu, menurut Acer lagi, netbook tersebut tidak akan ditawarkan dengan sistem operasi Windows. Ini bermakna, netbook itu dioptimasikan dan didatangkan khas dengan sistem operasi Android sahaja.