OSCONF Bakal Membincangkan Krisis Ekonomi

LEBIH 1,000 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai Persidangan Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009 (OSCONF) selama empat hari mulai 31 Mei hingga 3 Jun ini di Pusat Konvensyen dan Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Ianya bakal merangkumi tiga trek, iaitu perniagaan, pembangunan dan komuniti.

Peratus Penggunaan Linux Mencecah 1%

Bulan April memperlihatkan beberapa distro terkemuka mengemaskini sistem operasi mereka, sekaligus ini telah meningkatkan angka pengguna Linux seluruh dunia. Setelah sekian lama, akhirnya kini peratusan pengguna Linux seluruh dunia mencecah lebih daripada 1%. Selain daripada sistem operasi, pelayar web juga memperlihatkan penambahan penggunaan pelayar web berasaskan sumber terbuka.

Ekonomi Tidak Menjejaskan Pendapatan Red Hat

Nampaknya ekonomi yang kurang stabil buat masa ini menguntungkan pembangun sumber terbuka, apabila banyak syarikat yang ingin mengurangkan kos dan beralih kepada perisian yang lebih murah serta percuma. Terkini, melalui pendapatan suku tahun ke-empat, Red Hat memperlihatkan pendapatan bersih yang meningkat jikalau dibandingkan dengan pendapatan bersih tahun lepas. Keuntungan yang didapati juga turut sama meningkat.

Linux Foundation Mengambil Alih Laman Linux.com

Laman Linux.com yang dulu dijaga dan ditadbir oleh SourceForge sebelum ini, kini diambil-alih oleh Linux Foundation. Sebagai langkah permulaan, mereka bakal mengubahsuai laman Linux.com kini daripada hanya menjadi sebuah laman mengumpul berita. Sebagai permulaan, Linux Foundation merancang untuk mengubahnya kepada laman yang mesra pengguna, selain menjadikannya sebagai tempat kolabrasi informasi, menghubungkan para pembangun dan pengguna Linux. Mereka juga bercadang untuk menyediakan ruangan khas untuk pengguna berasaskan bisnes.

Ballmer : Linux Pesaing Terdekat Microsoft

Mungkin ramai yang menganggap Apple sebagai pesaing terdekat untuk Microsoft. Namun begitu, Steve Ballmer, CEO Microsoft, memberitahu selain Apple dua terdapat dua lagi pesaing yang digeruni oleh Microsoft. Pesaing pertama yang digeruni oleh Microsoft, adalah pasaran cetak rompak, dan seterusnya adalah Linux.