Permainan menarik yang dibangunkan khas untuk Linux masih lagi sedikit. Namun, dalam tahun-tahun akan datang, ia mungkin berubah, dimana salah satu permainan yang dinantikan oleh para pengguna Linux adalah Ignite, iaitu permainan lumba kereta yang masih lagi dalam pembangunan dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun, tarikh pelancarannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.
Bersempena dengan ulang-tahun ke-20 Linux, Microsoft telah pun menghadiahkan sebuah video khas untuk mereka, dengan ucapan tahniah kepada pembangun sistem operasi sumber terbuka itu. Melalui video ringkas itu juga, ianya memperlihatkan kisah-kisah berkaitan Microsoft dan juga Linux, dan berakhir dengan ucapan Selamat Hari Lahir.
Nampaknya, selain daripada Samsung yang bakal memperkenalkan peranti MeeGo mereka kepada para pengguna tempatan pada bulan Ogos kelak, kini Asus turut sama akan memperkenalkan EeePC yang menggunakan MeeGo kepada para pengguna Malaysia pada minggu depan, dan akan membawakan tanda harga sebanyak RM799.
Majalah digital Sumber Terbuka atau Sumbu edisi keempat kini telah pun dilepaskan kepada umum. Majalah yang dihasilkan di dalam format PDF ini merupakan wadah daripada pihak Jom Linux bagi memperkenalkan apa itu Perisian Sumber Terbuka kepada seluruh warga Malaysia dan membina rakyat yang celik IT. Melalui edisi ke-empat ini, mereka terus membawakan pelbagai lagi perkara menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan rakyat tempatan.
Selain daripada netbook yang diintegrasikan bersama-sama panel solar, Samsung juga bakal melancarkan salah satu netbook khas menggunakan sistem operasi MeeGo, pada kadar yang amat murah sekali, sekaligus membolehkan semua pengguna mendapatkannya. Netbook MeeGo daripada Samsung ini dijangka akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Ogos kelak, dan harganya dijangka adalah dibawah RM1000.




