Netbook Android Dari Acer Pada Suku Tahun Ke-3

Acer hari ini, melalui PC World, mengatakan bahawa mereka masih lagi dalam pembangunan netbook menggunakan sistem operasi Android, dan ianya bakal menemui para pengguna pada suku tahun ketiga tahun ini. Selain itu, menurut Acer lagi, netbook tersebut tidak akan ditawarkan dengan sistem operasi Windows. Ini bermakna, netbook itu dioptimasikan dan didatangkan khas dengan sistem operasi Android sahaja.

Jom Bina Tema GDM Untuk Ubuntu

Mungkin ramai yang ingin membuat tema untuk sistem operasi mereka ikut citarasa masing-masing, tetapi tidak ketahui caranya. Menariknya, Nurfaiz telah pun menyediakan tutorial ringkas untuk membuat tema GDM anda sendiri dengan mudah, dan ianya adalah percuma.

Linux Foundation Melancarkan Kembali Laman Linux.com

Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan berita yang mana Linux Foundation mengambil alih kawalan ke atas domain Linux.com pada awal tahun ini, yang mana sebelumnya dijaga oleh SourceForge. Kini, mereka telah pun membawakan rupa baru untuk Linux.com yang mana tampak lebih menarik berbanding sebelumnya.

Canonical Membawakan Servis Simpanan Ubuntu One

Canonical telah pun memperkenalkan servis cloud-computing-nya yang tersendiri kepada para pengguna hari ini yang mana diberi nama Ubuntu One. Sama seperti servis simpanan fail dalam talian yang lain, seperti Dropbox, Ubuntu One juga menawarkan ruangan simpanan, yang mana memberikan ruangan percuma sebanyak 2GB, selain menyediakan ruangan sehingga 10GB pada harga $10 sebulan

HP Dikatakan Bakal Memperkenalkan Netbook Android

HP, salah satu jenama terkemuka dalam pembangunan komputer dan laptop, dikatakan sedang dalam perancangan menggunakan Google Android sebagai sistem operasi mereka untuk model-model netbook akan datang, sebagai ganti untuk sistem operasi Microsoft. Jika ianya benar dan terjadi, ianya bakal menjadikan Google Android sebagai sistem operasi terkemuka, dan bakal bersaing secara sihat dengan Windows.