(Video) Ulasan Persekitaran Desktop GNOME 3.4

Buat masa ini, disebabkan masalah komputer, kami masih tidak dapat menguji GNOME 3.4 yang dilancarkan baru-baru ini, membawakan pelbagai penambahan dan fungsi baru kepada persekitaran desktop popular Linux tersebut. Namun, ramai pengguna di seluruh dunia telah pun berpeluang mencubanya. Bagi mereka yang masih belum berpeluang memasangnya, anda mungkin boleh menonton video ringkas daripada Linux4UnMe yang berkongsi ulasan mengenai GNOME 3.4.

Kubuntu Bakal Ditaja Oleh Blue Systems Bermula 12.10

Pada awal tahun ini, pihak Canonical telah mengumumkan yang mana mereka tidak akan menaja Kubuntu lagi, masa depan Kubuntu menjadi tanda tanya. Walaupun ianya dibangunkan oleh komuniti, sedikit tajaan dan sebagainya menjadikan sesuatu projek itu kekal aktif, dan pada masa yang sama terus memberikan semangat untuk para pembangunnya. Dan setelah Canonical melepaskan tangan mereka, kini Blue Systems menghadirkan diri, dan mengumumkan akan menaja Kubuntu bermula daripada versi 12.10 yang akan memulakan pembangunan sekitar Mei kelak.

Linux 3.0 RC1 Diperkenalkan Selepas Hampir 20 Tahun

Setelah sekian lama Linux dibangunkan, hari ini Linus Torvalds, telah pun mengeluarkan versi pembangunan Linux 3.0, iaitu RC1. Dengan pelepasan kernel Linux 3.0 RC1, ianya sekaligus membawakan fasa baru dalam pembangunan sistem operasi sumber terbuka kepada semua. Dengan kernel Linux 3.0 ini, ianya terus membawakan dekad ketiga pengenalan kernel Linux kepada sesuatu yang lebih menarik lagi.

GNOME 3.0 Membawakan Nafas Baru Kepada Persekitaran Desktop

Hari ini, pihak pembangun GNOME secara rasminya telah pun melancarkan persekitaran desktop mereka yang serba baru, dan dinantikan ramai, iaitu GNOME 3.0. GNOME 3.0 membawakan pelbagai perubahan besar, dari segi antaramuka dan juga pengalaman penggunaan komputer yang didatangkan bersama-sama dengannya, serta beberapa fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

Laman GNOME3 Dibuka Kepada Umum

Berita yang menarik untuk penggemar perisian dan sistem operasi sumber terbuka, kerana kini pihak GNOME telah membuka laman sesawang Gnome3 kepada umum iaitu Gnome3.org dan kini laman tersebut masih berada dalam proses alpha.