GNOME 3.0 Membawakan Nafas Baru Kepada Persekitaran Desktop

Hari ini, pihak pembangun GNOME secara rasminya telah pun melancarkan persekitaran desktop mereka yang serba baru, dan dinantikan ramai, iaitu GNOME 3.0. GNOME 3.0 membawakan pelbagai perubahan besar, dari segi antaramuka dan juga pengalaman penggunaan komputer yang didatangkan bersama-sama dengannya, serta beberapa fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

Laman GNOME3 Dibuka Kepada Umum

Berita yang menarik untuk penggemar perisian dan sistem operasi sumber terbuka, kerana kini pihak GNOME telah membuka laman sesawang Gnome3 kepada umum iaitu Gnome3.org dan kini laman tersebut masih berada dalam proses alpha.

Ubuntu Bakal Menggantikan Shell GNOME Dengan Unity

Pada acara Ubuntu Developer Summit yang berlangsung minggu ini, pengasas Ubuntu, Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan, yang mana Unity yang dibangunkan oleh para pembangun Ubuntu akan digunakan sebagai desktop utama mereka pada generasi akan datang Ubuntu, iaitu mulai Ubuntu 11.04 “Natty Narwhal”. Bagi yang tidak ketahui, Ubuntu 10.10 sudah pun mula menggunakan Unity, tetapi hanya pada versi netbooknya sahaja dan bukannya secara keseluruhan seperti yang dirancang untuk Ubuntu 11.04.

GNOME 2.32 Di Lepaskan

Pihak pembangun GNOME secara rasminya telah pun melepaskan versi 2.32 untuk aplikasi persekitaran desktop GNU / Linux yang amat popular dikalangan peminat sumber terbuka. Melalui GNOME 2.32 ianya membawakan pelbagai fungsi baru dan menyelesaikan pelbagai permasalahan yang telah dikenal pasti sebelum ini. Sebelum ini, GNOME 3.0 dijadualkan untuk dilepaskan, namun pada bulan Julai yang lepas, mereka mengubah perancangan tersebut, dimana GNOME 3.0 akan diperkenalkan pada April 2011 kelak.

GNOME 3.0 Pada Bulan Mac 2011

Jikalau sebelum ini, GNOME 3.0 dijadualkan untuk pelepasan pada bulan September 2010, kini ianya tidak lagi, apabila pihak pembangun GNOME hari ini mengumumkan yang mana GNOME 3.0 hanya akan dilepaskan pada bulan Mac 2011. Namun begitu, para pengguna boleh mula menguji GNOME 3.0 Beta mulai bulan September 2010 kelak.