GNOME 3.0 Pada Bulan Mac 2011

Jikalau sebelum ini, GNOME 3.0 dijadualkan untuk pelepasan pada bulan September 2010, kini ianya tidak lagi, apabila pihak pembangun GNOME hari ini mengumumkan yang mana GNOME 3.0 hanya akan dilepaskan pada bulan Mac 2011. Namun begitu, para pengguna boleh mula menguji GNOME 3.0 Beta mulai bulan September 2010 kelak.

GNOME 2.26 Beta Di Lepaskan

Hampir sebulan lagi berbaki sebelum GNOME 2.26 dilancarkan, dan beta pertama untuk persekitaran dekstop GNOME 2.26 telah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya. GNOME 2.26 dijangka bakal diguna pakai dalam versi Ubuntu seterusnya, iaitu Ubuntu 9.04, dan versi penuh GNOME 2.26 dijangka akan dilepaskan pada 18 Mac 2009.

Ketahui Emel Terbaru Pada Akaun GMail Anda

Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna tegar GMail, anda mungkinnya memerlukan suatu aplikasi yang memberitahu anda setiap kali emel masuk ke dalam inbox anda. Sekiranya anda menggunakan Windows atau Mac, Google ada menyediakan aplikasi khas untuk pemberitahuan emel baru di GMail, tetapi bagaimana pula sekiranya anda menggunakan platform Linux? Untuk pengguna Linux, terdapat dua aplikasi [...]