Kubuntu Bakal Ditaja Oleh Blue Systems Bermula 12.10
Pada awal tahun ini, pihak Canonical telah mengumumkan yang mana mereka tidak akan menaja Kubuntu lagi, masa depan Kubuntu menjadi tanda tanya. Walaupun ianya dibangunkan oleh komuniti, sedikit tajaan dan sebagainya menjadikan sesuatu projek itu kekal aktif, dan pada masa yang sama terus memberikan semangat untuk para pembangunnya. Dan setelah Canonical melepaskan tangan mereka, kini Blue Systems menghadirkan diri, dan mengumumkan akan menaja Kubuntu bermula daripada versi 12.10 yang akan memulakan pembangunan sekitar Mei kelak.
KDE Software Compilation 4.4 Beta Kedua Sedia Di Uji
Hari ini, pembangun KDE telah pun melepaskan beta kedua untuk KDE Software Compilation (KDE SC) 4.4, yang mana diberikan nama kod Claus, sempena dengan perayaan Hari Natal yang bakal menjelang tiba pada penghujung minggu ini. KDE SC 4.4 Beta 2 ini membawakan pelbagai perkara baru dan kemaskini aplikasi, yang menjadikan KDE semakin menarik untuk digunakan.
KDE 4.3.3 (Clockwork) Di Lepaskan
Komuniti KDE telah pun melepaskan versi pembangunan ketiga bagi persekitaran desktop KDE 4.3, iaitu KDE 4.3.3. yang mana dikenali sebagai Clockwork. Ianya tidak membawakan sebarang perubahan besar, selain daripada kemaskini terjemahan KDE dan juga beberapa penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti pada beberapa aplikasi popular di KDE.
KOffice Bakal Di Gunakan Dalam Telefon Pintar
Salah seorang pekerja Nokia secara rasminya telah menulis diblog beliau yang mana KOffice akan digunakan sebagai asas untuk pembangunan aplikasi pejabat di Maemo 5. KOffice yang ringan dan fleksible telah membolehkan ianya menjadi asas dalam pembangunan aplikasi pejabat untuk telefon mudah-alih pintar. Ianya dijangka akan dipersembahkan secara rasmi pada Maemo Summit yang bakal diadakan di Amsterdam pada awal Oktober ini.
KDE 4.3.0 Kini Lebih Stabil Dan Cantik
KDE 4.3 yang dikenali sebagai Caizen, telah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya pada malam semalam, membawakan persekitaran desktop masa depan untuk platform Linux, Windows dan juga Mac OS X. KDE 4.3 menyelesaikan lebih daripada 10,000 permasalahan, selain menambah lebih 2,000 fungsi dalam tempoh 6 bulan ini.