Hari ini, pembangun KDE telah pun melepaskan beta kedua untuk KDE Software Compilation (KDE SC) 4.4, yang mana diberikan nama kod Claus, sempena dengan perayaan Hari Natal yang bakal menjelang tiba pada penghujung minggu ini. KDE SC 4.4 Beta 2 ini membawakan pelbagai perkara baru dan kemaskini aplikasi, yang menjadikan KDE semakin menarik untuk digunakan.
Komuniti KDE telah pun melepaskan versi pembangunan ketiga bagi persekitaran desktop KDE 4.3, iaitu KDE 4.3.3. yang mana dikenali sebagai Clockwork. Ianya tidak membawakan sebarang perubahan besar, selain daripada kemaskini terjemahan KDE dan juga beberapa penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti pada beberapa aplikasi popular di KDE.
Salah seorang pekerja Nokia secara rasminya telah menulis diblog beliau yang mana KOffice akan digunakan sebagai asas untuk pembangunan aplikasi pejabat di Maemo 5. KOffice yang ringan dan fleksible telah membolehkan ianya menjadi asas dalam pembangunan aplikasi pejabat untuk telefon mudah-alih pintar. Ianya dijangka akan dipersembahkan secara rasmi pada Maemo Summit yang bakal diadakan di Amsterdam pada awal Oktober ini.
KDE 4.3 yang dikenali sebagai Caizen, telah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya pada malam semalam, membawakan persekitaran desktop masa depan untuk platform Linux, Windows dan juga Mac OS X. KDE 4.3 menyelesaikan lebih daripada 10,000 permasalahan, selain menambah lebih 2,000 fungsi dalam tempoh 6 bulan ini.
Mungkin buat masa ini ramai sudah sedar akan pembangunan persekitaran desktop K (KDE) versi seterusnya, iaitu versi 4.3. KDE 4.3 dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada penghujung bulan Julai ini, yang membawakan generasi baru KDE. Awal bulan ini, pihak pembangun KDE sudah pun melepaskan KDE 4.3 RC1, yang mana sudah boleh diuji dalam bentuk LiveCD.




