Salah seorang pekerja Nokia secara rasminya telah menulis diblog beliau yang mana KOffice akan digunakan sebagai asas untuk pembangunan aplikasi pejabat di Maemo 5. KOffice yang ringan dan fleksible telah membolehkan ianya menjadi asas dalam pembangunan aplikasi pejabat untuk telefon mudah-alih pintar. Ianya dijangka akan dipersembahkan secara rasmi pada Maemo Summit yang bakal diadakan di Amsterdam pada awal Oktober ini.
KDE 4.3 yang dikenali sebagai Caizen, telah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya pada malam semalam, membawakan persekitaran desktop masa depan untuk platform Linux, Windows dan juga Mac OS X. KDE 4.3 menyelesaikan lebih daripada 10,000 permasalahan, selain menambah lebih 2,000 fungsi dalam tempoh 6 bulan ini.
Mungkin buat masa ini ramai sudah sedar akan pembangunan persekitaran desktop K (KDE) versi seterusnya, iaitu versi 4.3. KDE 4.3 dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada penghujung bulan Julai ini, yang membawakan generasi baru KDE. Awal bulan ini, pihak pembangun KDE sudah pun melepaskan KDE 4.3 RC1, yang mana sudah boleh diuji dalam bentuk LiveCD.
Linus Torvalds telah pun mengumumkan pelepasan kernel Linux terkini, iaitu versi 2.6.30, yang mana membawakan sokongan kepada sistem fail NILFS32, selain membawa sokongan DRM untuk kad video Radeon R6xx/R7xx, sokongan modul sekuriti Tomoyo, dan membawa sokongan masa boot yang lebih pantas. Selain itu, mulai versi kernel seterusnya yang bakal dilepaskan pada September 2009 ini, ianya bakal membawakan sokongan kepada USB 3.0.
Pembangun KDE telah pun mengumumkan pelepasan KDE 4.3 Beta 1 pada 13 Mei 2009, iaitu, beta pertama untuk antaramuka desktop KDE 4. Melalui KDE 4.3 dijangka, pelbagai perkara akan dinaik-taraf sekali gus membawakan persekitaran desktop yang cantik dan mudah digunakan. Pelbagai perkara baru dibawakan di dalam KDE 4.3 Beta 1 yang mana turut dikenali juga sebagai KDE 4.2.85.



