Kemaskini KDE 4.2 Yang Ketiga Di Lepaskan

Pihak pembangun antaramuka desktop KDE telah pun melepaskan kemaskini aplikasi mereka, iaitu KDE 4.2.3, yang mana menyelesaikan beberapa masalah yang telah dikenal pasti, terutama pada aplikasi seperti KRunner, KScreensaver, Konquest, KMail, Ark dan banyak lagi. Oleh kerana ianya hanya versi kemaskini, tiada sebarang fungsi baru yang diperkenalkan.

KDE 4.3 Bakal Di Lepaskan Pada Akhir Julai 2009

KDE 4.3 yang bakal dilepaskan pada akhir bulan Julai 2009, atau lebih tepat lagi pada 28 Julai 2009. Walaubagaimanapun, baru-baru ini telah diperlihatkan beberapa idea awal bagaimana desktop dan antaramuka KDE bakal berevolusi. KDE 4.3 bakal memperlihatkan perubahan ikon, tema dan bunyi yang mana disediakan oleh Projek Oxygen.

KDE 4.3 Makin Cantik, Menarik dan Tertarik

Dengan pelancaran KDE 4.2 baru-baru ini, mungkin semua sudah sedia maklum bahawa pembinaan dan pembangunan KDE 4.3 sudah pun dimulakan. Mungkin buat masa ini, ramai sudah sedia maklum mengenai sedikit persamaan antara antaramuka dan rekabentuk desktop KDE dan juga Windows 7 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Malah melalui suatu kajian yang dilakukan, ramai yang salah anggap KDE sebagai Windows 7.

Detik 1234567890 Sejak 1 Januari 1970

Sebelum ini tersebar berita berkenaan Y2K38 yang mana berkait rapat dengan penggunaan algortima yang berkait dengan masa. Namun begitu, pada hari Jumaat yang lepas, berlaku satu detik yang bersejarah bagi para pengguna Linux sedunia, iaitu komputer yang menggunakan Unix mencapai saat yang ke 1234567890 sejak pelancaran penggunaan Unix, pada Januari 1, 1970. Penggunaan masa ini bukan sahaja pada platform Unix sahaja, malah pada Mac OS X, JavaScript, dan juga Linux serta beberapa teknologi yang lain. Malah, Google sendiri merayakannya dengan membuat logo khas sempena dengannya.

GNOME 2.26 Beta Di Lepaskan

Hampir sebulan lagi berbaki sebelum GNOME 2.26 dilancarkan, dan beta pertama untuk persekitaran dekstop GNOME 2.26 telah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya. GNOME 2.26 dijangka bakal diguna pakai dalam versi Ubuntu seterusnya, iaitu Ubuntu 9.04, dan versi penuh GNOME 2.26 dijangka akan dilepaskan pada 18 Mac 2009.