(Video) Keynote Mark Shuttleworth Pada UDS Oakland

Seperti semua sedia maklum, Ubuntu Developer Summit telah pun dimulakan membincangkan pelbagai perkara berkaitan masa depan sistem operasi Linux yang popular itu. Melalui acara tersebut, Mark Shuttleworth memulakan acara tersebut dengan memberikan nota permulaan (keynote) berkongsi beberapa perkara mengenai Ubuntu bersama yang lain. Seperti biasa, bukan semua yang mampu ke sana, dan pihak Ubuntu Developers sendiri, melalui saluran YouTube mereka, berkongsi video keynote tersebut bersama lain, dan sedia untuk ditonton sekarang.

Logo Quantal Quetzal Diperlihatkan Pada Banner UDS

Hampir untuk setiap versi Ubuntu, pembangunnya akan mengeluarkan logo khas berdasarkan kepada nama kod untuk versi tersebut. Dan kini, logo untuk Quantal Quetzal, iaitu Ubuntu 12.10 yang bakal dilancarkan pada bulan Oktober kelak telah pun mula kelihatan, memfokuskan kepada burung Quetzal, dan mengintegrasikan rekabentuk ala-ala klassik 8-bit padanya.

Electronic Arts Akan Hadir Ke Ubuntu Developer Summit

EA Games merupakan salah satu pengeluar dan penerbit permainan terkemuka didunia. Namun, sehingga kini mereka tidak pernah lagi mengeluarkan permainan untuk platform Linux, dan perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi. Daripada maklumat Ubuntu Developer Summit yang dikeluarkan, ia kelihatan Electronic Arts akan menghadiri sidang tersebut, malah akan mempersembahkan sesuatu yang khas pada acara tersebut minggu hadapan.

Aplikasi Tidak Rasmi Ubuntu One Diperkenalkan Untuk MeeGo

Pengguna peranti pintar Nokia N9 yang dijana menggunakan MeeGo, dan pada masa yang sama aktif menggunakan storan atas-talian Ubuntu One? Sekiranya ya, mungkin anda boleh bergembira, dimana kini salah seorang pembangun bebas telah membangunkan aplikasi Ubuntu One tidak rasmi untuk Nokia N9. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia belum ditawarkan melalui Nokia Store, dan akan dimuat-naik ke sana dalam masa terdekat.

Ubuntu 12.10 Dinamakan Quantal Quetzal

Seperti yang dinantikan, beberapa hari sebelum Ubuntu 12.04 dilancarkan, kini Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan nama kod untuk sistem operasi generasi akan datang mereka, iaitu Ubuntu 12.10, yang mana bakal dikenali dengan nama “Quantal Quetzal” dan bakal dilancarkan kepada umum pada 18 Oktober 2012 kelak. Seperti nama-nama sebelum ini, untuk abjad “Q”, pembangun Ubuntu telah menamakanya sempena nama burung Quetzal.