Enam tahun dahulu, pada tarikh hari ini, Mozilla telah secara rasminya merasmikan Mozilla Firefox 1.0, yang mana sekaligus telah mengubah pelbagai perkara dalam industri pelayar web. Dengan pelancarannya, Firefox telah menjadikan dunia internet dan web lebih selamat dan pantas berbanding sebelumnya, selain menyokong pelbagai standard dunia web. Kini, Firefox adalah antara pelayar web sumber terbuka yang popular, dimana menduduki tangga kedua di bawah Internet Explorer sebagai pelayar web paling popular di dunia.
Bagi para peminat animasi dan juga grafik 3D, kini Blender telah pun mengumumkan pelepasan Blender 2.5 Beta 3 yang mana versi akhirnya kelak akan menjadi Blender 2.6. Versi beta ketiga ini telah dibangunkan selama lebih 7 minggu, dan membawakan lebih 340 penyelesaian untuk pepijat yang telah ditemui. Buat masa ini, masih tiada fungsi baru yang diperkenalkan lagi.
Dengan pelepasan Fedora 14 tempoh hari, ianya sekaligus menandakan pembangunan untuk Fedora 15 sudah pun bermula. Menariknya, kini komuniti Fedora telah pun memilih nama “Lovelock” untuk Fedora 15. Fedora 15 yang kini dalam proses pembangunan dijangka akan mengambil masa pembangunan lebih kurang enam bulan, dan dijangka akan dilepaskan kepada para pengguna dan umum pada bulan April 2011 kelak.
Setelah dinantikan sekian lama, kini pihak pembangun Sabily telah pun melepaskn versi terkini Sabily yang dibangunkan berasaskan Ubuntu 10.10, iaitu Sabily 10.10 dengan nama kod Al-Quds. Salah satu perubahan besar yang dibawakan oleh Sabily 10.10 adalah perubahan pada logo, dimana pembangun Sabily memperkenalkan logo Sabily yang lebih kemas dan cantik sekali.
Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya pembangun disebalik Projek Fedora telah pun mengumumkan pelancaran sistem operasi versi terkini daripada Fedora, iaitu Fedora 14 dengan nama kod “Laughlin” yang dinamakan bersempena dengan nama seorang ahli fizik, Robert B. Laughin. Sama seperti sebelumnya, Fedora 14 turut membawakan beberapa perkara baru pada sistem operasi sumber terbuka tersebut.






