Setelah penanguhan demi penangguhan untuk versi pembangunan, kini ianya pasti apabila pembangun Firefox, Mozilla mengumumkan yang mana mereka terpaksa menangguhkan pelepasan versi akhir Firefox 4.0 kelak kepada awal tahun hadapan. Jadual pembangunan Mozilla Firefox 4.0 juga telah dikemaskini dengan beberapa perkara baru, memperlihatkan yang mana Firefox 4.0 Beta 7 akan dilepaskan pada awal November kelak.
Pada acara Ubuntu Developer Summit yang berlangsung minggu ini, pengasas Ubuntu, Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan, yang mana Unity yang dibangunkan oleh para pembangun Ubuntu akan digunakan sebagai desktop utama mereka pada generasi akan datang Ubuntu, iaitu mulai Ubuntu 11.04 “Natty Narwhal”. Bagi yang tidak ketahui, Ubuntu 10.10 sudah pun mula menggunakan Unity, tetapi hanya pada versi netbooknya sahaja dan bukannya secara keseluruhan seperti yang dirancang untuk Ubuntu 11.04.
Bagi para peminat permainan pada platform Linux, salah satu permainan strategi masa-nyata yang sedang giat dibangunkan adalah 0 A.D, yang mana menyerupai seperti Age of Empires, ianya membolehkan para pengguna membina tamadun dan perlu mempertahankannya daripada musuh dan sebagainya. 0 A.D ini mengambil latar masa antara 500 B.C sehingga 500 A.D dan menyertakan enam tamadun yang unik dan sokongan permainan-multi.
Baru sahaja seminggu lebih pihak Canonical mengumumkan pelepasan Ubuntu 10.10, kini pihak pembangun disebalik Ubuntu sudah pun mulakan pembangunan untuk generasi baru sistem operasi Ubuntu, iaitu Ubuntu 11.04 “Natty Narwhal” yang dijangka akan dilepaskan pada bulan April 2011 kelak. Ubuntu 11.04 kelak dijangka membawakan pelbagai perubahan, dan mengguna-pakai persekitaran desktop terkini daripada GNOME, iaitu GNOME 3.0.
Nampaknya, selepas Android Gingerbread dan juga Android Honeycomb, versi 4.0 untuk Android kelak akan dinamakan sebagai Ice Cream, meneruskan tradisi penamaan versi Android yang menggunakan nama makanan dan mengikut abjad. Android 4.0 “Ice Cream” ini kelak dijangka akan menemui para pengguna pada pertengahan September pada tahun hadapan kelak.





