Setelah sekian lama dinantikan, kini para pengguna Linux sudah boleh menggunakan fungsi sembang suara dan video pada GMail. Buat masa ini, fungsi ini disokong pada Ubuntu dan lain-lain distro Linux yang berasaskan Debian. Sokongan RPM juga dikatakan akan disokong tidak lama lagi. Fungsi ini juga dikatakan oleh Google merupakan fungsi yang paling diminta oleh para pengguna GMail.
Selepas memperkenalkan Android 2.1 Eclair dan Android 2.2 Froyo, selain dalam pembangunan Android Gingerbread yang dikatakan akan menggunakan angka versi 3.0, kini nama bagi versi akan datang sudah pun mula diperkatakan, iaitu Android Honeycomb dan dijangka akan menemui para pengguna pada tahun hadapan.
Seperti kebiasaannya, Mark Shuttleworth, bapa kepada sistem operasi Ubuntu telah pun mengumumkan secara rasminya nama bagi versi baru Ubuntu yang bakal dilepaskan pada 28 April 2011, iaitu Ubuntu 11.04 – Natty Narwhal. Pada masa yang sama juga, kini pihak pembangun Ubuntu sedang giat membangunkan Ubuntu 10.10 yang bakal dilepaskan pada bulan Oktober kelak.
Mungkin bagi para peminat sumber-terbuka, mereka tidak begitu menyukai syarikat Orcale yang mana telah mengambil-alih Sun Microsystem, sekaligus membawakan pelbagai perubahan kepada dunia sumber terbuka. Selain daripada menyaman Google keatas penggunaan teknologi Java pada Android, terkini mereka juga telah menamatkan OpenSolaris secara rasminya.
Aplikasi pejabat sumber terbuka yang amat diminati ramai, OpenOffice.org kini sudah pun melepaskan versi beta pertama untuk versi akan datang mereka, iaitu OpenOffice.org 3.3. OpenOffice.org 3.3 yang kini disokong oleh Oracle dijangkakan akan menemui para pengguna menjelang penghujung tahun ini nanti.







