SourceForge Inc yang terkenal dengan sumbangan mereka kepada dunia sumber terbuka, hari ini telah mengumumkan penjenamaan semula organisasi mereka kepada Geek.Net. Menurut presiden dan CEO mereka, penjenaman semula organisasi mereka adalah salah satu daripada transformasi berterusan mereka. Pihak mereka juga mengatakan yang mana nama baru tersebut lebih menepati organisasi mereka yang mana lebih ditujukan kepada para peminat komputer.
Selain Ubuntu 9.10 daripada Canonical, Mandriva turut membangunkan dan telah pun melepaskan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu Mandriva Linux 2010. Dengan usaha keras selama 4 bulan, Mandriva 2010 kini boleh dimuat-turun dalam bentuk KDE ataupun GNOME dalam variasi 32-bit serta 64-bit. Sama seperti Karmic Koala, Mandriva Linux 2010 turu membawakan pelbagai perkara baru ke dalam sistem operasi mereka.
Melalui data terkini yang dikeluarkan oleh OSCC, ianya memperlihatkan yang mana lebih 70% daripada aplikasi yang digunakan di pejabat kerajaan adalah aplikasi sumber terbuka. Data tersebut memperlihatkan yang mana, 521 daripada 724 agensi kerajaan telah pun mengadaptasi penggunaan aplikasi sumber terbuka dalam pejabat mereka.
Komuniti KDE telah pun melepaskan versi pembangunan ketiga bagi persekitaran desktop KDE 4.3, iaitu KDE 4.3.3. yang mana dikenali sebagai Clockwork. Ianya tidak membawakan sebarang perubahan besar, selain daripada kemaskini terjemahan KDE dan juga beberapa penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti pada beberapa aplikasi popular di KDE.
Setelah memperlihatkan rekabentuk antaramuka Mozilla Firefox 3.7 dan Mozilla Firefox 4.0 untuk platform Windows, kini pihak pembangun Mozilla memperlihatkan contoh pertama antaramuka bagi Firefox 3.7 dan Firefox 4.0 bagi platform Linux pula. Sama seperti pada platform Windows, platform Linux juga bakal mengguna-pakai antaramuka pelayar web yang menyerupai Google Chrome, dimana tab diletakkan diatas ruangan alamat.







