Nokia N8 akan menjadi telefon pintar terakhir daripada siri-N yang menggunapakai sistem operasi Symbian, dimana kini Nokia telah pun mengesahkan yang mana telefon pintar siri-N seterusnya akan mula menggunapakai sistem operasi MeeGo yang mana baru sahaja mencapai versi 1.0.
Setelah memperkenalkan MeeGo untuk netbook, kini pembangunnya sedang mengujinya pada tablet, dan kini MeeGo untuk tablet sudah pun mencapai versi pra-alpha. Buat masa ini, pembangunnya memperlihatkan sebuah video khas dimana mereka menunjukkan MeeGo pada tablet.
Jikalau sebelum ini Ubuntu mengumumkan mereka tidak akan membangunkan Ubuntu untuk tablet buat masa ini, kini, Jolicloud yang popular dengan sistem operasi khas untuk netbook memperlihatkan Jolicloud dengan fungsi sokongan skrin sentuh, dan mungkin secara tidak langsung memperkatakan yang mana mereka akan menyokong tablet pada masa akan datang kelak.





