Setelah sekian lama dinantikan, Intel dan Nokia kini melancarkan secara rasminya MeeGo 1.0 yang mana merupakan kesatuan dibawah Linux Foundation daripada gabungan platform Moblin daripada Intel dan juga platform Maemo daripada Nokia. Sama seperti distro Linux yang lain, MeeGo 1.0 membawakan kernel Linux 2.6.33.
Android merupakan antara sistem operasi mudah-alih yang sering menerima perkara baru dari masa ke semasa. Setelah kini, Froyo dijangkakan akan diperkenalkan tidak lama lagi, berkemungkinan besar pada Google I/O 2010 yang kini sedang berlangsung, beberapa info awal memperlihatkan versi Android seterusnya, Gingerbread akan dilepaskan seawal suku keempat tahun ini.
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Google telah pun melesenkan codec multimedia mereka, VP8 dibawah lesen sumber terbuka, sebagai sebahagian daripada projek WebM. Melaluinya, beberapa pembangun pelayar web, termasuk Google, Mozilla dan Opera bergabung sebagai alternatif kepada penggunaan codec H.264.




